Dahsyat Sangat Ke Lakonan Miker – Jinggo


Dahsyat Sangat Ke Lakonan Miker – Jinggo

Selepas pengarah, Rashid Sibir mendedahkan terdapat pelakon yang meminta bayaran sehingga melebihi gaji pengarah itu sendiri, pelbagai reaksi dari pelbagai pihak turut dilontarkan termasuk Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir pelakon yang bersikap angkuh.

Menerusi hantaran di Instagram, Jinggo mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan pelakon yang dimaksudkan sehingga sanggup meminta bayaran yang tidak masuk di akal.

“Miker saper? Dahsyat sangat ke lakonan miker? Apa yang special ni? Sampai nak gaji lebih tinggi dari gaji director!”- tegas Jinggo

Pelakon Dilabel Sebagai Kurang Ajar

Tambahnya lagi, dia turut menyifatkan pelakon tersebut bersikap kurang ajar kerana sanggup memutuskan panggilan telefon dengan rakannya itu.

“Sampei kurang ajor letak telipon, Berangan miker ni!! Oghang Peghrok kate..Ajernya Bajang miker ni. Allo Bajang pun tak sebajang miker lah, Podahh!! Boleh jalang lah!! Perasantan lah.- katanya

Baru-baru ini, Rashid meluahkan rasa kecewa dengan ‘permintaan’ pelakon yang ingin bayaran terlalu tinggi. Rashid juga mempersoalkan sikap pengurus pelakon tersebut yang bersikap angkuh dengan menetapkan syarat bahawa pelakon kendaliannya itu hanya boleh bekerja untuk beberapa jam sahaja dalam sehari. Mr

Dahsyat Sangat Ke Lakonan Miker – Jinggo


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker