Balu Abam sedekah selepas menang kes saman fitnah Ali Puteh

Balu Abam sedekah selepas menang kes saman fitnah Ali Puteh

Isteri arwah Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd. Ali menunaikan hajatnya selepas dua tahun turun naik mahkamah bagi menghadapi kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, pelawak Ali Puteh.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nor Hidayah memberitahu, dia menghulurkan sumbangan kepada sebuah surau sebagai tanda meraikan kemenangannya ke atas kes tersebut.

“Terima kasih kepada mereka yang mendoakan saya dengan Hamzah, jadi hari ini kita nak beli buah dan bersedekah untuk orang masjid.

“Hari ini kita bersedekah dekat surau, alhamdulillah lepas hajat. Terima kasih yang mendoakan Hidayah dari A to Z,” katanya hari ini.

Terdahulu, Nor Hidayah menang dalam kes saman fitnah difailkan terhadap bekas adik iparnya, itu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan yang yang turut memerintahkan Ali membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Zulqarnain memerintahkan pembayaran ganti rugi itu selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Nor Hidayah selaku plaintif terhadap Ali Puteh, 33, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, selaku defendan. Utusan

Balu Abam sedekah selepas menang kes saman fitnah Ali Puteh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker