Azira dan Luqman dijangkiti Covid-19

Azira dan Luqman dijangkiti Covid-19

Perkara paling ditakuti Azira menjadi Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz, 30, mengesahkannya positif COVID-19.

Azira berkongsi berita duka itu menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, petang ini.

Pelakon filem Penunggang Agama itu berkata, perkara paling ditakuti menjadi kenyataan, hari ini.

“Dengan berat hati, saya ingin memaklumkan baru sahaja disahkan positif COVID-19.

“Saya mohon maaf kepada semua yang menjadi kontak rapat, jadi, tolong lakukan ujian calitan segera. Saya juga terpaksa menyusahkan rakan artis dan kru produksi selepas disahkan positif.

“Saya kesal terpaksa menyusahkan syarikat produksi memandangkan terbabit dengan penggambaran drama.

“Insya-Allah, saya beransur baik, tidak lama lagi. Justeru, saya mohon doa anda semua,” tulis Azira.

Azira berkata, varian Omicron tidak boleh dibawa main.

“Sehari sebelum disahkan positif, saya melakukan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR), tetapi keputusannya negatif.

“Namun, hari ini, ujian RT-PCR menunjukkan kedua positif. Jadi, kita perlu menjaga diri dalam keadaan begini.

“Minumlah air dengan banyak dan dapatkan suntikan penggalak,” tulisnya.

Terdahulu, beberapa artis lain turut dijangkiti varian Omicron termasuklah ini ialah Nabila Razali, Ariff Bahran, Tasha Mansahar, Luqman Faiz dan ramai lagi.

Perkara paling ditakuti penyanyi Luqman Faiz akhirnya berlaku apabila disahkan positif COVID-19.

Selepas lebih dua tahun diserang pandemik, penyanyi remaja berusia 22 tahun itu akhirnya tewas apabila dijangkiti selepas pandemik COVID-19 kembali mengganas, sejak akhir ini.

Penyanyi lagu Kepuraanmu itu berkata, dia mula rasa tidak sedap badan sejak Isnin lalu.

“Awalnya, saya sakit tekak yang agak teruk. Pada saat itu, saya rasa seperti ada gejala COVID-19, jadi saya terus memaklumkan kepada keluarga termasuk ibu.

“Saya terus buat ujian calitan kendiri di rumah dan keputusannya, positif. Keesokannya, saya pergi pula ke klinik berdekatan untuk membuat ujian calitan kedua. Keputusannya tetap sama.

“Semalam, saya mula alami demam panas yang teruk. Jadi, sekarang saya lebih banyak berkurung dalam bilik,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Luqman atau nama sebenar, Luqman Abd Halim Faiz berkata, keadaannya kini masih terkawal.

“Saya mendisiplinkan diri dalam soal kuarantin. Saya menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari.

“Jujurnya, saya terlalu berhati-hati dengan harapan dijauhi jangkitan COVID-19 selama ini.

“Malah, saya akan pastikan orang yang ditemui dalam keadaan sihat. Saya akan tanya, adakah mereka mengalami sebarang gejala selama beberapa hari.

“Nampaknya, tiada gejala bukan bererti tidak boleh dijangkiti virus ini,” katanya.

Luqman bersyukur, ibu, abang dan adiknya yang tinggal serumah masih bebas wabak berkenaan.

“Saya bersyukur ahli keluarga tidak dijangkiti. Paling saya risau jika apa-apa berlaku pada ibu.

“Ini kerana saya banyak menghabiskan masa bersama ibu. Syukur, ujian calitan semuanya negatif,” katanya. BH

Azira dan Luqman dijangkiti Covid-19


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker