Nora Danish nak anak perempuan, suami akan usahakan

Nora Danish nak anak perempuan, suami akan usahakan

Pelakon jelita, Nora Danish memberi bayangan bakal menambah ahli keluarga baharu apabila meluahkan hasrat inginkan anak perempuan.

Nora atau nama sebenarnya, Nora binti Mohd. Danish Hanif, 40, berkata, anak lelakinya, Mohamed Neqayl Nedim sangat menginginkan seorang adik perempuan.



“Saya rasa, saya perlukan anak perempuanlah. Ada sesiapa nak jual? (tertawa).

“Ney Ney (Mohamed Neqayl) suruh beli adik perempuan dia di pusat beli-belah dalam talian (Lazada),” luah Pelakon yang cukup dikenali menerusi sitkom Puteri itu dalam Instagram.

Bagaimanapun, hantaran status berkenaan tidak hanya ‘bertepuk sebelah tangan’ apabila suaminya, Nedim Nazri meninggalkan pesanan dalam ruangan komen.

“Sabar kawan-kawan. Sabar jemaah netizen. Insya-Allah abang usahakan,” ujar anak kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz itu.



Sekadar info, Nora mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram (hasil perkahwinan pertama dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli) dan Mohamed Neqayl hasil perkongsian hidup rumah tangga sekarang yang dibina sejak 30 Mac 2017 dengan Nedim. K Online

Nora Danish nak anak perempuan, suami akan usahakan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini



BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker