Pembukaan sekolah baharu di kawasan berkepadatan penduduk tinggi, kata menteri

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi keutamaan untuk membuka sekolah baharu di kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi seperti di Klang, Selangor dan beberapa kawasan di Johor.

Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata pihaknya sedang mencari lokasi sesuai untuk pembinaan sekolah baharu di kawasan itu memandangkan kesukaran mendapatkan tanah antara kekangan sedang dihadapi oleh kementerian.

“Klang sebagai contoh, ini antara kawasan paling padat dan ada sekolah yang bilangan pelajarnya 4,000 orang membabitkan dua sesi iaitu pagi dan petang.

“Beberapa usaha telah dibuat untuk kita dapatkan sekolah-sekolah baharu di kawasan ini, namun begitu di kawasan-kawasan padat ini kekangan utama kita adalah tanah kerana tidak semua kawasan ini ada tanah telah tersedia (untuk pembinaan sekolah),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan dan Padang serta perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(2) ke-10.

Beliau berkata pihaknya mendapati sesetengah kawasan perumahan yang jumlah penduduknya meningkat dengan mendadak dan pembangunan perumahan di kawasan tersebut berlaku dengan cepat.

“Jadi kita mengambil pendekatan untuk memberi tumpuan di kawasan-kawasan ini,” katanya sambil menambah secara purata 10 buah sekolah baharu dibina setiap tahun.

Dalam perkembangan lain, Radzi berkata KPM akan mengkaji kurikulum pendidikan sekolah rendah yang didakwa beraras tinggi dan murid sukar untuk menguasai subjek tertentu.

Beliau berkata semakan semula kurikulum sekolah rendah dan menengah akan dilaksanakan kelak berikutan pusingan pertama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tamat pada tahun ini manakala Kurikulum Standard Sekolah Menengah(KSSR) telah tamat tahun lepas.

“Jika tamat pusingan ini, memang kita akan semak semula silibus. Kita lihat kesesuaian dengan mengambil kira keadaan dan perkembangan semasa.

“Ia tidak boleh dibuat secara suka-suka, ada proses perlu diikuti. Tidak boleh hari ini kata nak semak, kita boleh semak.

“Dalam konteks ini, dalam semakan semula nanti, kita akan lihat sama ada isunya sama ada(kurikulum) benar-benar kompleks atau ketidakbiasaan. Ini perkara yang sedang kita beri tumpuan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker