Pelakon Shima Anuar Bengang Dituduh Malu Bersuami Tua Sebab Jarang Kongsi Foto Suami

Pelakon Shima Anuar Bengang Dituduh Malu Bersuami Tua Sebab Jarang Kongsi Foto Suami

SIKAP Shima Anuar yang jarang berkongsi foto suami menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen bahawa aktres itu malu berkahwin dengan lelaki berusia.

Enggan berdiam diri dengan soalan sedemikian, Shima 30, yang berkahwin dengan ahli perniagaan Mohd Solih Toha, 54, menjelaskan tiada keperluan untuk dia berkongsi foto suaminya di media sosial.



“Untuk menjawab soalan itu, saya tak nampak kepentingan untuk saya selalu update hal peribadi di sosial media untuk promote suami saya.

“Beritahu saya, untuk apa? Sebagai seorang isteri, saya bahagia dan bangga ada suami macam dia. Tapi bagi saya, semua itu tak perlu selalu sangat ditunjuk satu dunia,” ujarnya

Terdahulu, Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar memuat naik paparan skrin komen daripada individu yang mempersoalkan aktres itu jarang berkongsi foto suami.



“Kenapa Shima tak selalu kongsi gambar husband? Adakah sebab husband tua daripada Shima?” tulis individu tersebut.

Dalam pada itu, Shima juga memberitahu dia kurang berminat untuk aktif di media sosial kerana muak dengan perangai netizen yang suka menilai kehidupan orang lain.



“Saya memang jarang aktif di sosial media sebab saya dah muak. Saya dah muak dengan perangai manusia yang pelik-pelik.

“Ya, saya juga ada akuan peribadi di mana saya kongsi apa saja yang saya mahu tanpa risau dengan penilaian orang,” ujarnya lagi.

Tambah Shima lagi, dia sedar individu berkenaan menulis komen itu dengan tujuan menarik perhatiannya.



“Saya nak balas komen awak tapi dah tak jumpa komen itu. Tak tahu la awak padam ke apa. Tapi saya sempat screen shot.

“Saya tahu niat awak hanya untuk dapatkan perhatian saya sebab itu awak cakap macam itu. Awak mahukannya? Awak dapat,” kata Shima.

Untuk rekod, Shima berkahwin dengan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.-mSTAR

Pelakon Shima Anuar Bengang Dituduh Malu Bersuami Tua Sebab Jarang Kongsi Foto Suami



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker