Erma sanggup kena kecam tawar Iqbal berlakon

Erma sanggup kena kecam tawar Iqbal berlakon

Ketika impian usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli menceburi bidang nyanyian dipersendakan dan mengundang kecaman ramai atas alasan tidak berbakat, namun, pengarah Erma Fatima mengambil tindakan berani menawarkannya berlakon.

Meskipun menyedari tindakannya bakal mengheret diri dalam polemik dan cuba menangguk di air keruh, Erma berkata, dia mempunyai alasan tersendiri untuk mempertahankan keputusannya itu.

“Selama ini, saya melihat Iqbal terlalu kerap berlakon dalam media sosial. Jadi, saya nak juga tengok adakah Iqbal berbakat di depan kamera.



“Justeru, saya menawarkan Iqbal berlakon dalam drama baharu berjudul Perempuan Itu yang bakal disiarkan di kaca TV3.

“Bagaimanapun, Iqbal perlu menghadiri sesi uji bakat terlebih dahulu. Keputusan boleh berlakon atau sebaliknya ditentukan oleh pengarah drama, Isma Yusoof.

“Nyata, menerusi sesi uji bakat selama dua hari, Iqbal sangat komited hadir ke sesi latihan dan lulus dalam ujian,” katanya kepada BH Online.

Pun begitu, kata pengarah filem Jimi Asmara dan Embun ini, lelaki berusia 27 tahun hanya akan diberi watak pembantu, bersesuaian pengalaman yang masih hijau.



“Watak diberikan Iqbal hanyalah watak pembantu, tetapi bukanlah pelakon ekstra. Ini kerana Iqbal akan menjadi kawan kepada hero drama dan mempunyai dialog,” terangnya.

Ditanya adakah tidak gusar dituduh sengaja mencari kesempatan atas kontroversi membabitkan Iqbal semata-mata ‘menjual’ drama, Erma berkata, dia tiada masa untuk melayan kata-kata negatif.

“Jika nak ambil sesiapa dirasa berbakat sama ada bertujuan pemasaran ataupun bukan, itu adalah hak saya.

“Saya tak nak ambil peduli apa yang orang nak cakap soal niat saya. Sebelum ini, Datuk Aliff Syukri pernah diambil berlakon. Sama ada tujuan untuk pemasaran atau sebaliknya, terpulanglah pada pihak berkenaan.



“Kalau betul-betul berbakat, mengapa tidak?,” tegas pelakon filem Femina ini.

Tidak gentar kecaman apabila memilih Iqbal sebagai pelakon, namun, Erma tidak menafikan, ada perkara lain yang amat ditakuti membabitkan graduan jurusan penulisan kreatif dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu.

“Jujurnya, ramai menghantar mesej peribadi meminta saya tidak mengambil Iqbal berlakon. Saya sendiri tidak tahu apa dosa Iqbal kepada mereka.

“Cuma, apa yang membuatkan saya risau kemungkinan saya dijadikan bahan kandungan media sosial seperti yang pernah dilakukannya terhadap individu lain sebelum ini.

“Masa nak bincang mengenai tawaran ini, saya pun bimbang akan keluar cerita tidak enak di laman maya. Jadi, saya minta rakan menemani saya.

“Sebelum berlaku perkara sedemikian, saya awal-awal lagi sudah beri amaran kepada Iqbal,” tegas Erma.

Penggambaran drama Perempuan Itu yang turut menampilkan Zul Ariffin dan Mimi Lana bermula esok. BH

Erma sanggup kena kecam tawar Iqbal berlakon


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker