Sakinah Jawab Teguran PU Syed

Sakinah Jawab Teguran PU Syed

Pelakon yang juga ‘fitness selebrity’, Sharifah Sakinah memberi respon terhadap teguran yang dibuat pendakwah bebas, PU Syed yang tampil bertindak menegur gaya hidupnya.

Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired dilihat meninggalkan respon ‘pedas’ buat PU Syed menerusi ruangan komen teguran yang kemudiannya dipadam pendakwah selebriti itu tidak lama kemudian.

Komen PU Syed respon kinahSumber : Murai.my
Abang, akaun saya dah private, kenapa ‘public’ benda yang dah ‘diprivate’. Macam masuk rumah saya, bawa balik barang TV saya, suka ya?

Isteri kepada Michael Hansen itu turut memuat naik Instagram Story yang mempersoalkan tindakan pendakwah berkenaan yang seakan-akan sengaja mengeruhkan lagi situasi.

Terdahulu, Sakinah menerusi satu hantaran dalam Instagram memaklumkan bahawa dia ada menapis dan juga menyekat akaun media sosial kaum lelaki daripada mengikuti akaun Instagramnnya.

Ujarnya, komitmen kerja yang melibatkan gaya hidup memerlukan dia untuk ‘menjual badan’ yakni menunjukkan satu persatu otot tubuh sementelah dia sering dikecam gara-gara gambar dan video senaman dengan pakaian yang mencolok mata.

Sehubungan itu, PU Syed merasa terpanggil untuk menegur Sakinah dengan coretan panjang lebar menerusi akaun media sosialnya.

Antara teguran yang diberikan pendakwah itu ialah keperluan aktres itu untuk berpakaian seksia hanya kerana ingin mengajak orang untuk menjalani gaya hidup sihat.

“Ajak manusia untuk sihat dengan cara yang patuh syariah bukan meruntuhkan syariat. Malulah dengan Allah, jika semua ingin ditayang kepada orang, apa lagi yang tinggal untuk suamimu.” tulis PU Syed.

Sakinah Jawab Teguran PU Syed


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker