Tomok teruk dibuli lima pelakon?

Tomok teruk dibuli lima pelakon?

Tidak sesekali melakukan gimik yang boleh menjejaskan nama baik demi kekal relevan, penyanyi dan pelakon, Tomok, 37, memilih melakukan perkara positif untuk terus dikenang.

Vokalis kumpulan New Boyz itu tidak menafikan, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan aktiviti nyanyian lumpuh, sekali gus, memberi impak kepada kerjaya nyanyian.

Namun, Tomok berkata, dia tidak akan sesekali melakukan perkara yang boleh memalukan dirinya.

“PKP memberikan impak, bukan saya sahaja, tetapi juga rakan lain dalam industri muzik. Justeru, apabila kerajaan membuka ruang bekerja semula, saya tentunya tidak mensia-siakan peluang yang datang.

“Lagipun, terlalu ramai artis baharu yang muncul, tambahan pula pelaksanaan PKP menjejaskan kerjaya seni, saya harus mengambil apa sahaja peluang depan mata.

“Saya yakin rakan lain juga melakukan perkara sama agar terus bertahan dalam industri. Cuma, saya mahu dikenang dengan perkara positif, bukan benda merepek,” katanya kepada BH Online.

Tomok ditemui pada sidang media drama Tumpang Lalu Bang secara virtual, baru-baru ini.

Justeru, kata Tomok, dia akan cuba melunaskan tanggungjawab dengan baik apabila membintangi drama baharu, Tumpang Lalu Bang yang menemui penonton menerusi slot Diandra, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam di TV9.

Katanya, dia percaya peminat pasti mengingati, seterusnya nama dapat kekal relevan jika lakonannya meninggalkan kesan.

“Sebab itu, saya membawakan watak diberikan dengan sebaik mungkin agar lakonan diingati dan memberikan kesan kepada penonton.

“Itu sahaja cara positif yang saya nampak membantu terus bertahan dan bersaing dengan bakat baharu,” kata Tomok.

Berkongsi pengalamannya berlakon di bawah arahan Eoon Shuhaini, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail berkata, dia menerima tawaran membawakan watak Nizam kerana watak tidak terlalu berat.

Bagaimanapun, katanya, dia teruk dibuli pelakon lain dalam mahupun luar lokasi. Namun, itulah hanya keseronokan dan boleh menyebabkan hubungan akrab seperti satu keluarga.

“Memang teruk saya dibuli, tetapi saya seronok kerana pelakon lain banyak mengajar. Saya sedikit pun tidak tertekan apabila menjalani penggambaran drama selama tiga bulan.

“Sebaliknya, saya gembira dapat berjumpa dengan rakan-rakan. Hubungan kami juga semakin rapat dan seperti keluarga,” katanya.

Drama Tumpang Lalu Bang mengisahkan Nizam (Tomok) jatuh cinta pandangan pertama apabila bertemu Sofiah (Kilafairy). Sofiah tak layan, berpegang prinsip hanya hanya melayan bakal imam sempurna.

Kesungguhan Nizam membuka pintu hati Sofiah menerimanya. Dan, bermulalah cabaran apabila Nizam perlu mendapatkan restu keluarga Sofiah.

Ibu bapa Sofiah tidak memandang harta benda, sebaliknya, menetapkan syarat Nizam perlu mendapatkan restu lima abang Sofiah iaitu Sufian lakonan Aidil Aziz, Sobri (Black Hanifah), Syahrin (Raja Afiq), Syamil (Afzan A Rahman) dan Shuib (Danial Dashuki).

Nizam berdepan jalan sukar apabila lima bakal abang iparnya bersikap terlalu melindungi adik kesayangan dan terpaksa bersabar apabila teruk dibuli. BH

Tomok teruk dibuli lima pelakon?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker