‘Terima kasih Kepada Yang Mendoakan Mummy Mastura’ – Oja [VIDEO]

Terima kasih Kepada Yang Mendoakan Mummy Mastura’ – Oja [VIDEO]

OJA mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan ibu saudaranya, penyanyj lagu “Apo Kono Eh Jang”, Datin Mastura Ismail yang menghembuskan nafas terakhir akibat kanser ovari tahap empat.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Taman Cheras Idaman, kira-kira jam 8.39 malam Rabu.

“Alhamdulillah berkat doa kalian… Urusan mummy Mastura Ismail telah pun dipermudahkan Allah.

“Terima kasih kepada yang mendoakan,” katanya menerusi ruangan InstaStory.

Menerusi ruangan sama, Oja turut memuat naik foto pada majlis tahlil yang diadakan buat Allahyarham, malam tadi.

VIDEO DIBAWAH:-

Difahamkan, Allahyarham Mastura dikesan mengidap kanser ovari tahap empat, beberapa bulan lalu.

Sebelum itu, arwah memang selalu mengadu sakit pada bahagian perut, tetapi tidak mendapatkan rawatan.

Arwah hanya melakukan rawatan kampung dan hanya bersetuju membuat pemeriksaan apabila puas dipujuk.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Long.

Allahyarham Mastura yang juga seorang balu meninggalkan dua cahaya mata dan dua cucu.

Arwah mula mencipta nama lagu duet menggunakan loghat Negeri Sembilan, “Apo Kono Eh Jang!” yang dinyanyikan bersama Ally Noor berjaya mencetuskan fenomena sekitar 1980-an.-AA

Terima kasih Kepada Yang Mendoakan Mummy Mastura’ – Oja [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker