Wawa Zainal kena kecam tidak pakai pelitup muka

Wawa Zainal kena kecam tidak pakai pelitup muka

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal sekali lagi menjadi perhatian netizen gara-gara tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila dilihat tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat tumpuan awam.

Menerusi video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok miliknya, Wawa dilihat cantik menggayakan busana serba hitam sambil berjalan ‘catwalk’ persis model tanpa memakai pelitup muka.

Difahamkan, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 31, terlibat de­ngan sesi fotografi bagi sebuah jenama dipercayai dilakukan di tengah-tengah ibu kota berhampiran pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang baru-baru ini.

Disebabkan tidak memakai pelitup muka dan mengabaikan SOP norma baharu, rua­ngan komen perkongsian video pendek isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu dibanjiri ribuan kecaman dan kritikan netizen.

“Berani dia tak pakai mask (pelitup muka) dekat tengah-tengah bandar. Aku buka mask sekejap pun dah takut dan menggelabah.

“Yang pasti dia ni bukan dekat Malaysia. Sebab Malaysia wajib kena pakai mask, mungkin ini di Pluto.

“Oh patutlah kes mencanak-canak naik, salah satu punca ni,” komen seorang netizen menerusi ruangan komen itu.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen dan pengikut yang mempertahankan tindakan pelakon drama Sejadah Untuk Dia itu dengan alasan Wawa tidak mengenakan pelitup muka hanya sewaktu penggambaran.

“Mungkin dia buka masa video tersebut dirakam sahaja, lepas tu dia pakailah balik. Cuba fikir logik dan jangan nak hentam melulu saja.

“Netizen ni pantang nampak benda-benda macam ni, laju je jatuhkan hukuman,” tulis pengikut lagi. K Online

Wawa Zainal kena kecam tidak pakai pelitup muka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker