Lebih Sebulan Suami Meninggal Dunia, Pelakon Anita Baharom Tak Peduli Dikecam Langgar Edah

Lebih Sebulan Suami Meninggal Dunia, Pelakon Anita Baharom Tak Peduli Dikecam Langgar Edah

“Dua teman rapat menawarkan diri untuk menjaga anak-anak jika saya sibuk dengan penggambaran. Saya perlu kembali bekerja kerana saya adalah ayah dan ibu kepada anak-anak. Jika ada yang mengecam saya kerana melanggar tempoh edah, terpulanglah.

“Jika saya tidak keluar bekerja, siapa yang akan memberi makan dan melangsaikan komitmen bulanan saya,” itulah kata pelakon Anita Baharom yang tidak peduli jika dikecam melanggar edah dek kerana keluar bekerja untuk mencari pendapatan apatah lagi dia yang kini yang menanggung keluarga.



Sudah lebih sebulan pemergian suaminya, pada 1 Januari lalu, Anita berkata dia masih cuba menyesuaikan diri kehidupan bersama anak-anak tanpa insan bergelar suami di sisi. Bukan tidak reda di atas ujian diberikan, Anita berkata dia mengakui sukar untuk melupakan arwah suaminya, Mohd Ismadi Ismail.

“Saya alami rindu yang tidak tertahan kepada suami sehingga seperti orang gila. Setiap hari pada jam 6 pagi, saya bangun dan buka semua pintu, tingkap, lampu dan jeriji besi kerana rasa terkurung dan lemas.

“Setiap jam enam petang, saya duduk menangis di hadapan rumah. Saya cuba tidak menangis kerana penat dan tidak mahu berkabung lama-lama. Namun, sukar untuk saya bendung rasa rindu dan sunyi,” jelasnya.



Kata Anita lagi, buat masa ini dia dan anak-anak lebih selesa tidur di ruang tamu. Ujarnya, setiap kali pergi ke tingkat atas yang dihiasi gambar suami, Anita pasti akan menyebut nama suaminya.

“Setiap hari saya dan anak-anak akan bercakap mengenai arwah atau kami akan meniru gaya arwah bercakap. Ketika suami masih hidup, arwah yang bangun menyediakan sarapan jika saya tidak sempat. Arwah juga membancuh air Milo untuk saya.

“Jadi, saya dan anak-anak sentiasa teringat perbualan kami bersama arwah. Itulah yang menjadi kenangan dan pengubat rindu kami terhadapnya,” katanya.



Terdahulu, suami Anita, Allahyarham Ismadi Ismail meninggal dunia dalam tidur di ruang tamu pada 1 Januari lalu. Anita pernah memaklumkan arwah suaminya menghidap penyakit kencing manis.

Lebih Sebulan Suami Meninggal Dunia, Pelakon Anita Baharom Tak Peduli Dikecam Langgar Edah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]



Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker