Nyanyian Iqbal teruk, Siti keliru nak bagi markah

Nyanyian Iqbal teruk, Siti keliru nak bagi markah

Kemunculan usahawan tular Ahmad Iqbal Zulkefli atau Iqbal sebagai peserta ke-12 program realiti Big Stage musim keempat mengejutkan ramai.

Malah, di semua platform media sosial persembahan Iqbal menerusi lagu Biarlah Bulan Bicara mengundang kecaman warganet yang menyifatkan nyanyiannya teruk dan tidak layak berada di pentas itu.



Tidak ketinggalan juri tetap program itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengakui tidak tahu mahu memberikan komen apa.

“Saya sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana, tak tahu nak bagi markah macam mana. Memandangkan syarat nak masuk Big Stage ‘view’ di YouTube lebih dari 1 juta dan ‘view’ Iqbal lebih 2.1 juta itu membuatkan layak berada di sini. Kita tak nafikan.

“Tapi tak apa, saya bagi peluang. Mana tahu dia bagi kejutan pula untuk minggu seterusnya,” katanya.

Sebelum itu, pengacara program itu Alif Satar dan Sherry Al Hadad menegaskan yang mana Iqbal memang peserta dan bukan tipu, ‘props’ atau saja-saja.



Selain Siti, BIg Stage musim keempat turut diadili kompser terkenal, Ajai, penyanyi Aliff Aziz dan Mas Idayu. HM

Nyanyian Iqbal teruk, Siti keliru nak bagi markah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?



Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker