Iqbal Layak Masuk Big Stage, Muzik Video ‘Hujan’ Lebih 2.2 Juta Tontonan…Tapi Tidak Pada Netizen

Iqbal Layak Masuk Big Stage, Muzik Video ‘Hujan’ Lebih 2.2 Juta Tontonan…Tapi Tidak Pada Netizen

BUKAN sahaja terkejut, malah ramai yang mempertikaikan penyertaan Iqbal Zulkefli sebagai salah seorang peserta program Big Stage 2022 (BS22)yang mula bersiaran pada malam Ahad.

Rata-rata menyifatkan pemilihan Iqbal hanya sebagai salah satu teknik pemasaran untuk menaikkan rating program tersebut.

Bagaimanapun menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, Iqbal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan pihak produksi untuk dipilih sebagai peserta.

“Daripada segi kriteria yang ditetapkan Iqbal telah memenuhi syarat had umur 30 tahun dan memiliki video muzik dengan sekurang-kurangnya 500,000 tontontan.

“Dalam BS22 kali ini juga kami tampilkan peserta yang pelbagai. Kami menyediakan platform dan selebihnya terpulang kepada juri untuk menilai,” jelasnya kepada mStar.

Biarlah Bulan Bicara

Beliau ditemui selepas siaran langsung BS22 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malamAhad.

Kemunculan Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, pada minggu pertama menjawab teka-teki peminat siapakah yang bakal melengkapkan 12 barisan peserta BS22 kali ini.

Untuk rekod, Iqbal melancarkan single pertama berjudul Hujan pada November tahun lalu dan kini video muziknya sudah menerima lebih 2.2 juta tontonan di YouTube.

Bagaimanapun, kemunculan usahawan sensasi mendapat kritikan ramai yang menganggap ia sekadar meraih publisiti.

“Pemilihan Iqbal Zulkefli sebagai peserta BS22 rasanya tidak sesuai. Saya sangat kecewa. Adakah Astro sengaja raih perhatian atau cari publisiti murahan.

“Mohon Astro bagi penjelasan kenapa ambil Iqbal. Ini tidak adil kepada peserta yang hadir ujibakat tetapi tidak berjaya,” antara komen netizen.

Kemunculan Vida dan Iqbal dianggap sebagai sekadar ‘content’

Dakwaan untuk meraihkan rating juga diperkuatkan dengan penglibatan Datuk Seri Vida sebagai ‘presiden netizen’ dalam program ini.

Untuk rmakluman, drama percintaan dan rancangan perkahwinan tak jadi antara Vida dan Iqbal menjadi bualan netizen sejak Ogos tahun lalu.

Justeru ada yang menganggap pihak produksi sengaja mencipta kandungan dan bukan untuk tujuan pertandingan sebenar.

Pada minggu pertama, Iqbal menyanyikan lagu Biarlah Bulan Bicara yang dipopularkan oleh Broery Marantika.

Iqbal mendapat markah paling rendah iaitu 28.8 peratus namun tiada penyingkiran pada malam tersebut.

BS22 turut disertai Tegar Septian, Elica Paujin, Lia Aziz, Sofiaa Marieylla, Ajoi Zainal, Tuah Adzmi, Syafiq Abdillah, Megat Rahim, Daniel Chuer, Aishah Retno dan Yazmin Aziz.-mSTAR

Iqbal Layak Masuk Big Stage, Muzik Video ‘Hujan’ Lebih 2.2 Juta Tontonan…Tapi Tidak Pada Netizen

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker