Baby Shima diseru bertaubat

Baby Shima diseru bertaubat

Tindakan penyanyi sensasi Baby Shima melakukan gurauan (prank) bertatu seperti yang dikongsikan dalam laman YouTube miliknya mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.

Biarpun sudah memberikan penjelasan bahawa tatu gambar syaitan bertanduk pada bahunya itu adalah pelekat yang boleh ditanggalkan, tindakan penyanyi lagu Lalai itu tetap mendapat kritikan masyarakat terma­suk dibimbangi membawa kepada murtad.

“Menghalalkan benda yang haram (bertatu). Walaupun gurauan, boleh jatuh murtad. Mungkin tidak tahu, tidak mengapa. Masih ada masa untuk padam video ini.



“Kita semua bukan orang baik, tapi jangan bangga buat benda yang salah. Maaf kalau teguran saya ini melampau,” komen seorang pengguna YouTube.

Terdapat segelintir netizen yang menasihati pe­nyanyi berusia 29 tahun itu supaya bertaubat segera sebelum terlambat.

“Insaflah sebelum terlambat. Jangan menghalalkan cara yang haram walaupun sekadar bergurau. Terima teguran lagi bagus daripada berpura-pura terima teguran. Jadilah orang beradab. Maaf kalau terkasar,” kata seorang netizen.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di InstaStory miliknya, Baby Shima atau nama lengkapnya Nor Ashima Ramli berkongsi satu hantaran seolah-olah menyindir netizen yang mengecam dirinya.



“Kecil-kecil main sticker (pelekat) tatu, emak siap tampalkan lagi. Dah besar acah-acah (pura-pura) tidak pernah pakai (pelekat tatu). Sebab nak kutuk orang. Ceh!” ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi yang turut mencipta nama di Indonesia itu pernah beberapa kali me­ngundang kontroversi berhubung beberapa hantaran yang dimuat naik dalam media sosial.

Antara dikecam hebat ialah videonya yang dikatakan mempersenda kekurangan seorang lelaki orang kelainan upaya yang kudung tangan ketika muncul dalam sebuah temu ramah program televisyen pada Mac tahun lalu.

Shima sekali lagi mencuri perhatian apabila dia mempersoalkan mengapa dirinya kerap menjadi mangsa kebencian netizen.



Pada November lalu pula, cerita bekas peserta D’Academy Asia sekali lagi kecoh selepas gambar mesra dengan seorang lelaki di dalam sebuah kelab hiburan tular dalam media sosial.

Penyanyi itu sebaliknya menjelaskan aksi tersebut merupakan sebahagian daripada babak video muzik lagu Lalai. K Online

Baby Shima diseru bertaubat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Suami isteri ditangkap basah?

Lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Melati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker