Usop selamat bergelar suami

Usop selamat bergelar suami

Penyanyi Usop selamat bernikah dengan kekasih hati, Nur Fatihah Md. Hashim hari ini.

Majlis pernikahan Usop atau nama sebenarnya, Muhamad Saiful Naim Mohd. Noor, dengan pasangan diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.



Akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Harun Idris, berwalikan bapa kepada Nur Fatihah, Md. Hashim Nordin dan bersaksikan abang Nur Fatihah, Muhammad Firdaus Md. Hashim serta bapa Usop sendiri, Mohd. Noor Ismail.

Usop memberikan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak pengantin perempuan, manakala mas kahwin sebanyak RM3,000 serta seutas gelang tangan sebagai simbolik batal wuduk.

Akhirnya menamatkan zaman bujang dengan Nur Fatihah, 25, Usop berharap agar peminat serta yang mengenali dirinya dan isteri mendoakan kebahagian mereka sehingga ke anak cucu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.



“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

“Saya ingin menjadi suami yang terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” katanya.

Berkenaan cahaya mata, Usop memaklumkan tidak mahu terlalu terburu-buru dan menyerahkan urusan terbabit kepada Ilahi.

“Soal zuriat, saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba.



“Tapi buat masa ini fokus kami berdua adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,” katanya.

Majlis bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam ini.

Sementara majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada 13 Februari di Kulim, Kedah.

Terdahulu, Usop dan Nur Fatihah mengikat tali pertunangan pada 4 November 2021 selepas dua tahun berkenalan.



Sekadar info, Nur Fatihah berkhidmat sebagai seorang kakitangan sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. K Online

Usop selamat bergelar suami


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]



Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker