Tangisan Anak Gadis Shuib Rindukan Ibu, Talita Di Pusara Arwah Siti Sarah Buat Ramai Sebak [VIDEO]

Tangisan Anak Gadis Shuib Rindukan Ibu, Talita Di Pusara Arwah Siti Sarah Buat Ramai Sebak [VIDEO]

RINDU yang tiada penghujung. Meskipun lebih lima bulan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pergi meninggalkan kita, kehilangannya masih dirasai terutama bagi Shuib dan anak-anaknya.

Terbaharu, video Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, memujuk anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahara, 9, ketika menziarahi pusara Siti Sarah mengundang sebak ramai.

Rata-rata turut bersedih dan bersimpati melihat kanak-kanak itu menangis dan mengesat air mata sambil dipeluk Shuib.

“Sebaknya tengok dia, moga terus kuat ya sayang. Dekta (panggilan untuk Talita) anak solehah, anak baik… Dekta kuat “Rindu yang tiada penghujung. Moga adik tabah ya… sentiasa doakan untuk ibu di sana.

“Sakitnya rindu pada insan yang telah pergi. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian anak-anak,” tulis beberapa netizen.

VIDEO DIBAWAH:-

Sementara itu di Instastory, Shuib turut berkongsi rakaman perbualan dengan anak ketiganya, Ariq Matin yang berusia tujuh tahun.

“Nanti kalau daddy dah mati, Matin pergi kubur daddy hari-hari ke?” tanya Shuib.

Pertanyaan spontan itu dijawab Matin dengan mengatakan yang dia akan sentiasa teringat-ingat jika bapanya itu sudah tiada nanti.

“Matin akan teringat, akan rindu daddy,” jawab Matin.

Siti Sarah meninggal dunia pada usia 37 tahun di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid 19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9 dan Ariq Matin, 7.-mSTAR

Tangisan Anak Gadis Shuib Rindukan Ibu, Talita Di Pusara Arwah Siti Sarah Buat Ramai Sebak [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker