Nynaa, keluarga masih renggang?

Nynaa, keluarga masih renggang?

Nynaa masih berhubung dengan keluarga, namun, insiden yang berlaku Selama 24 hari terpisah dengan suami, hanya rindu yang mampu terpendam dalam lubuk hati pelakon sensasi, Nynaa Harizal, 26. Telefon bimbit pula tiada di tangan.

Hakikatnya, segala-galanya sukar buat pelakon drama Kekasih Paksa Rela dan Chandelier itu. Wajah suami hanya mampu ditatap dari jauh ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Johor Bahru.



Namun, jodoh Nynaa dan Mohamed Fahmi ternyata utuh bagaikan Tembok Besar China. Usaha memisahkan dua hati yang saling mencintai itu nyata gagal dilakukan.

Mengulas hubungan dengan suami selepas kontroversi, Nynaa berkata, sebelum dan selepas berkahwin, keluarga serta rakan taulan tahu mereka tidak pernah bermasalah.

“Namun, disebabkan insiden ini, keadaan sukar dan mencabar.

“Jujurnya, susah mahu menjelaskan segala-galanya, tetapi Alhamdulillah, kekeruhan dapat dijernihkan. Hubungan saya dan suami baik seperti dahulu.



“Soal hubungan dengan keluarga, tipulah jika saya katakan tiada masalah dengan keluarga, mesti ada. Apa yang saya harapkan semuanya akan kembali jernih,” katanya kepada BH Online.

Nynaa berkata, dia seorang yang sangat mementingkan keluarga, tetapi, sekarang sudah kahwin. Jadi, suami menjadi keutamaannya.

“Namun, saya masih berhubung dengan keluarga. Insiden yang berlaku masih ada kesannya.

“Saya percaya akhirnya semuanya akan okay. Mungkin akan mengambil sedikit masa. Keluarga pun lama-lama akan baik dan boleh terima,” katanya.



Diusik pertanyaan apa perasaannya berjauhan dengan suami, Nynaa akuinya, mestilah ada perasaan rindu.

“Ia sangat sukar apabila kami tidak boleh berkomunikasi selama 24 hari. Saya hanya bertemu suami ketika hadir di mahkamah sahaja.

“Seperti yang diketahui, telefon bimbit tiada dengan saya. Saya juga tak boleh akses apa sahaja media sosial. Menghubungi suami juga tidak dibenarkan. Jadi, saya hanya baca komen netizen selepas pulang ke rumah.

“Tidak mengapa, netizen tidak tahu apa yang berlaku, perkara sebenar. Mereka ada pendapat tersendiri, jadi, saya tidak perlu berkecil hati kecaman netizen terhadap saya dan keluarga.



“Apapun, saya bersyukur segala-galanya sudah berlalu,” katanya.

Ada yang menganggap kontroversi sekadar gimik, Nynaa berkata, lebih baik berdiam kerana ia membabitkan masalah dalaman keluarga.

“Jika boleh, saya tidak mahu berkongsi dengan orang luar, bimbang menimbulkan fitnah dan cerita lain. Ataupun, cerita A, tetapi ditokok tambah menjadi B atau C. Jadi, saya tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Apa yang berlaku bukannya isu main-main, setiap pasangan suami isteri nak minta jauh dari halangan. Namun, ia terjadi pada kami.



“Sebenarnya, saya banyak berlakon drama, tetapi ramai tak perasan. Saya pernah menyertai program Dewi Remaja, tetapi terlalu ramai pesaing, orang masih tak perasan.

“Sebelum menyertai program Dewi Remaja saya sudah berlakon. Selama lima tahun ini, banyak juga filem saya termasuklah Town Mall dan Sumpahan Syaitan,” katanya.

Katanya, buat masa ini, dirinya mahu berehat dahulu.

“Ada sahaja tawaran berlakon, tetapi, saya terpaksa tolak sebab saya mahu menikmati kehidupan bersama suami. Alhamdulillah, insiden ini tidak memberi kesan kepada kerjaya,” katanya.



Mengulas dakwaan popular disebabkan keluarga mentua pemilik stesen televisyen, Nynaa berkata, itu hanyalah persepsi orang, tetapi sebenarnya, jika tiada bakat, tidak guna juga.

“Segala-galanya bergantung kepada bakat, bagaimana membawa diri dan rezeki,” katanya.

Terdahulu, kontroversi rumah tangga Nynaa dan Mohamed Fahmi tercetus selepas Nynaa didakwa diculik ahli keluarganya, penghujung tahun lalu.

Susulan itu, Mohamed Fahmi membuat laporan polis terhadap tindakan bapa mentuanya dan membuka fail tuntutan nusyuz terhadap Nynaa berikutan hampir dua minggu keluar rumah tanpa kebenaran.

Seterusnya, Nynaa memfailkan permohonan cerai kepada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Johor Bahru. Takdir menentukan, hubungan mereka kembali jernih dan memilih untuk tidak berpisah. BH

Nynaa, keluarga masih renggang?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker