Matin taknak ibu tiri, takut daddy kena kikis

PERKONGSIAN Shuib tentang gelagat anak-anaknya selepas kematian Siti Sarah selalu membuatkan netizen tumpang sebak.

PETALING JAYA – “Nanti perempuan tu minta duit dekat daddy (ayah). nanti kita jadi miskin”.

Itu jawapan yang diberi oleh anak ketiga pelawak dan juga usahawan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah iaitu Ariq Matin selepas ditanya soalan tentang ibu tiri.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram milik penyanyi arwah Siti Sarah, kanak-kanak berusia enam tahun itu memberi bayangan seolah-olah tidak mahu mempunyai ibu tiri jika suatu hari bapanya berhasrat untuk berkahwin lagi.

“Kenapa awak tidak mahu ibu tiri lagi?”

Soal seorang wanita dipercayai ibu tiri kepada Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi yang mengendalikan Instagram penyanyi itu.

“Tak nak. Sebab membazir duit. Nak tahu kenapa? Nanti perempuan itu (ibu tiri) minta duit dekat daddy (Shuib).

“Nanti kita jadi miskin,” jawab Matin.

Jawapan spontan yang diber Matin menarik perhatian pengguna Instagram apabila rata-rata terhibur dengan gelagatnya yang jujur dalam berkata-kata.

Malah, ada juga segelintir netizen bersetuju dengan jawapan yang diberikan oleh Matin apabila enggan menerima kehadiran ibu tiri kerana bimbang duit bapanya akan dikikis.

“Betul kata Matin. Bijak jawapan dan tepat,” kata seorang pengguna Instagram.

“Jawapan yang jujur dari Matin,” komen seorang lagi pengguna Instagram.

“Kecil hati bakal ibu tiri Matin nanti,” ujar seorang lagi netizen.

Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad, 37, sebelum ini pernah menyatakan pendapatnya tentang soal jodoh apabila mengakui hatinya masih kosong dan belum ada wanita yang berjaya mencuri tempat mengisi ‘kelompongan’ yang ada.

“Saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih mengenai soal jodoh. Sebagai manusia, sudah fitrah kita ingin berkasih sayang dan ada yang menemani.

“Namun, saya lebih fikirkan anak-anak. Andai saya berkahwin semula, sebab utamanya adalah demi anak-anak,” katanya.

Sementara itu, dalam sebuah perkongsian lain, Shuib berkongsi sebuah video menunjukkan anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra menangis ketika dibawa menziarahi pusara ibunya semalam.

“Paling dirindu,” tulis Shuib.

Momen menyayat hati itu turut membawa hiba pengguna Instagram apabila rata-rata turut melahirkan rasa rindu dan sedih atas kehilangan Siti Sarah.

“Sebaknya rasa. Al-Fatihah untuk arwah Siti Sarah,” komen seorang pengguna Instagram.

“Semoga terus kuat dan menjadi anak solehah,” tulis seorang lagi netizen.

Terdahulu, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Matin taknak ibu tiri, takut daddy kena kikis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker