Tiket showcase Dolla habis dijual dalam masa 5 minit

Tiket showcase Dolla habis dijual dalam masa 5 minit

SIAPA yang menyangka kumpulan nyanyian wanita Dola yang baru beberapa tahun menyertai industri muzik tanah air kini sudah menjadi sebuah kumpulan yang mempunyai pengaruh yang sangat besar.

Dengan penampilan muzik dan gaya persembahan yang tersendiri, kumpulan ini telah meraih pelbagai kejayaan termasuklah menjadi kumpulan nyanyian wanita pertama yang tampil di papan iklan digital di New York Times Square, Amerika Syarikat.



Kini, mereka bakal tampil dengan pertunjukan khas sendiri berupa sebuah acara yang dikenali sebagai Dolla Mini Showcase.

Acara ini bakal berlangsung pada Sabtu 19 Februari hadapan, pukul 8 malam di Nero Event Space, PJPAC, 1Utama, Selangor.

Malah, tiket-tiket yang dijual pada harga RM35 (tiket terhad) dan RM55 (berserta sesi ramah mesra atau ‘meet and greet’) telah pun habis dijual lima minit selepas diumumkan pada semalam (Ahad).

“Kami berasa sangat gembira kerana akhirnya diberi peluang buat konsert sendiri untuk para iDolla kami.



“Lagipun, kamilah puteri-puteri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kami muncul semasa PKP dilaksanakan. Jadi peluang ini sangat berharga buat kami,” jelas Angel.

Idea untuk membuat showcase ini pula merupakan cadangan pihak syarikat rakaman mereka, iaitu Universal Music Malaysia.

“Idea syarikat rakaman kami ini memang bagus kerana kami memang tak pernah bertemu peminat setia yang dikenali secara langsung.

“Gara-gara muncul sewaktu PKP, kami hanya dapat berinteraksi di alam maya. Jadi showcase ini satu peluang untuk mendekati mereka dan berinteraksi secara langsung,” kata Syasya.



Selain persembahan dalam beberapa versi lain serta mutu vokal yang dipertingkatkan, terdapat beberapa kejutan lain yang bakal dipertontonkan.

“Ada banyak kejutan yang akan kami tampilkan namun kami tak mahu beritahu sekarang kerana mahu jadikan ia sesuatu yang istimewa. Jadi nantikan malam showcase nanti,” jelas Tabby pula.

Tambah Angel, dia tidak menyangka jualan tiket konsert Dolla laris terjual.

“Kami benar-benar terkejut dan tidak menyangka tiket kami akan laku dan habis dijual begitu cepat.



“Jadi kami harap para peminat khasnya iDolla akan menikmati malam tersebut saat melihat kami membuat persembahan secara langsung untuk pertama kali khas di depan mereka.

“Kami juga tak sabar nak berjumpa peminat kami semua!,”ujar Angel menutup bicara. Utv

Tiket showcase Dolla habis dijual dalam masa 5 minit


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?



Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker