Lady Gaga berlakon Joker 2?

Lady Gaga berlakon Joker 2?

TEKA-TEKI siapakah calon heroin dalam Joker 2 semakin terjawab apabila nama diva pop global, Lady Gaga disebut-sebut akan beraksi dalam naskhah berkenaan.

Menurut laporan portal hiburan, deuxmoi.world, Gaga atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Angelina Germanotta dijangka menjayakan karakter villain kesayangan ramai, Harley Quinn di samping Jaoquin Phoenix.

“Saya ada sumber kuat memberitahu bahawa Joaquin Phoenix mahukan Rooney Mara sebagai watak utama wanita dalam filem sekuel Joker tetapi peranan tersebut diberikan kepada Lady Gaga,” ujar satu kenyataan seperti dipetik dari portal berkenaan.

Dikhabarkan bakal memulakan penggambaran tahun 2023, bagaimanapun belum ada pengesahan sama ada daripada pihak penerbit, Warner Bros Pictures dan DC Film termasuk Joaquin dan Gaga sendiri berkenaan ura-ura yang sedang rancak berterbangan dalam gelanggang Twitter ini.

Rata-rata peminat melahirkan rasa teruja berkenaan khabar angin tersebut dan tidak sabar untuk melibat kolaborasi perdana antara Joaquin dan pelantun lagu Bad Romance itu.

“Lady Gaga dan Joaquin Phoenix dalam Joker 2, akan datang 2023,” ciap seorang peminat dalam Twitter.

“Saya harap khabar angin Lady Gaga akan berlakon dalam Joker 2 adalah benar, sebab, bayangkan jelajah media (press tour) yang akan berlaku,” ciap netizen lain.

Terdahulu, Joaquin Phoenix menerusi Joker dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Academy Awards ke-92 termasuk menerima sebanyak 11 pencalonan.

Gaga pula pernah menerima pencalonan Pelakon Wanita Terbaik anugerah berprestij sama pada edisi ke-91 menerusi filem A Star Is Born arahan Bradley Cooper yang turut meraih tujuh pencalonan lain. K Online

Lady Gaga berlakon Joker 2?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker