Nam Rom disiasat polis sebab posting Instagram

Nam Rom disiasat polis sebab posting Instagram

“Saya tidak buat sebarang ancaman dan hasutan serta saya bukan orang yang gila like apabila memuat naik posting dalam media sosial.”

Demikian reaksi aktor terkenal Nam Ron yang terkejut apabila buat pertama kalinya sepanjang tiga dekad bergelar pelakon, dia dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pagi semalam gara-gara salah satu posting dalam akaun Instagramnya.

Menurut Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 53, dia telah disiasat bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas seorang individu melaporkan satu posting di Instagramnya.

“Saya tidak mahu berkongsi tentang posting berkenaan kerana bimbang menggangu siasatan polis. Cuma apa yang boleh saya katakan saya berkongsi tentang sebuah poster dalam posting berkenaan kerana merasakan ada mesej yang baik.

“Saya tidak membuat sebarang kecaman atau perkara yang bersifat negatif dalam posting berkenaan. Mungkin orang melaporkan saya ke pihak polis ada isu tidak berpuas hati dengan saya,” kata Nam Ron kepada Kosmo! Online.

Pengarah filem One Two Jaga itu yang mempunyai 118,000 pengikut di Instagram menjelaskan, selain memuat naik tentang aktiviti seni, media sosial juga platform untuknya melempiaskan jiwa seninya menerusi gambar, video mahupun puisi atau kata-kata.

“Buat apa hendak kejar like atau follower. Bagi saya perkara tersebut tidak penting kerana kebanyakan posting saya sekadar suka-suka ataupun parodi terhadap sesuatu isu.

“Walaupun dilaporkan kepada pihak polis, saya tidak gentar kerana tidak melakukan sebarang kesalahan serta tetap akan menjadi diri saya setiap kali memuat naik posting di media sosial,” ujar Nam Ron.

Terdahulu pada pagi semalam Nam Ron bersama peguamnya telah hadir ke IPD Kajang untuk memberi kenyataan bagi membantu siasatan pihak polis berhubung laporan mengenai salah satu posting di Instagramnya.

Dalam pada itu Nam Ron turut sempat meninggalkan pesanan khas buat orang yang melaporkan posting Instagramnya ke pihak polis.

“Kepada orang yang buat laporan itu, saya berharap dia dapat tidur lena dan hidup bahagia semoga Allah memberi pertunjuk kepadanya. Innalilahiwainnalillahirojiun,” tulis Nam Ron dalam Instagram.

Sebelum ini, Nam Ron banyak meluahkan catatan sinikal berhubung kontroversi serta permasalahan anak seni seangkatan dengannya menerusi Instagra.

Kemuncaknya pada Januari lalu, dia dilihat memuat naik sekeping gambar separuh bogel dengan kapsyen mengundang perhatian.

Gambar tidak berbaju dengan bahagian privasinya hanya ditutup menggunakan patung unicorn itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Sungguhpun begitu, rata-rata mereka menyifatkan tindakan aktor berkenaan tidak sesuai dengan usianya.

Nam Ron, bagaimanapun menjelaskan perkongsian tersebut (gambar separuh bogel) adalah salah satu bentuk ujian untuk semua orang termasuklah dirinya. K Online

Nam Rom disiasat polis sebab posting Instagram


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker