Anya Geraldine suka tayang body, ibu ingatkannya tentang seksa kubur

Anya Geraldine suka tayang body, ibu ingatkannya tentang seksa kubur

Bintang drama bersiri Layangan Putus, Anya Geraldine mendedahkan bahawa dia sering diingatkan mengenai seksa kubur oleh ibunya.

Ini berikutan Anya sering saja memuat naik foto seksi di media sosial Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Difahamkan juga, ibu Anya merupakan seorang individu yang taat pada agama dan turut mengikuti akaun Instagram miliknya.

Begini, ibu saya antara individu yang mengikuti akaun Instagram saya. Jadi, saya tak sampai hati nak menyekat akaun dia dan pastinya dia lihat juga apa yang saya kongsikan.

Ibu saya juga bertudung, sangat taat pada agama Islam. Kalau contohnya saya balik dari Bali dan ada berkongsi foto bikini atau apa, dia selalu WhatsApp saya.
Kata Anya, ibunya sering menghantar pesanan WhatsApp mengenai seksa kubur dan kadang-kadang video ceramah Ustaz Khalid Basalamah kepadanya.

“Apa-apa saja dia akan forward saja..” ujarnya lagi ketika ditemu bual oleh Keanu Agl dalam saluran YouTube Waw Entertainment.

Terdahulu, nama Anya Geraldine menjadi bualan ramai selepas dia membintangi drama bersiri Layangan Putus bergandingan dengan Reza Rahadian. Bn

Anya Geraldine suka tayang body, ibu ingatkannya tentang seksa kubur


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker