Penyanyi Malaysia Karen Kong laku jual durian di Hong Kong

Penyanyi Malaysia Karen Kong laku jual durian di Hong Kong

Penyanyi Malaysia berbangsa Cina yang berpangkalan di Hong Kong, Karen Kong, 37, mendedahkan pernah tidak mempunyai pendapatan hingga memaksanya melakukan pelbagai kerja pejabat termasuk menjual durian sejak berhijrah ke negara berkenaan sejak 11 tahun lalu.

Karen yang mendirikan rumah tangga dengan jejaka Hong Kong berkata, dia mengalami kesukaran meneruskan hidupnya dan kerjaya seni ekoran kos sara hidup di Hong Kong yang tinggi.

“Saya mengalami banyak jatuh bangun sepanjang 11 tahun hidup di Hong Kong. Jujurnya, ada yang menggembirakan dan menyedihkan, tetapi saya melalui dengan semangat Malaysia Boleh.

“Ada suatu masa saya pernah tidak mempunyai pendapatan, jadi, saya melakukan pelbagai kerja pejabat untuk mencari wang. Saya sanggup melakukan apa sahaja kerja asalkan ada pendapatan untuk sara diri, membayar bil dan sewa rumah.

“Memang susah nak terima realiti kesusahan ketika itu, tetapi saya tak boleh buat apa-apa. Sewa di sana sangat tinggi, jadi saya buat apa sahaja kerja untuk sara hidup.

“Ketika itu, saya sangat rindukan Malaysia, tetapi perlu banyak bersabar. Tahun lalu, ada berita baik apabila saya menerima anugerah artis paling banyak peningkatan dari sebuah stesen radio.

“Saya merasakan kesabaran saya berbaloi. Sekarang, saya bersyukur semuanya beransur baik,” katanya kepada BH Online.

Dalam masa sama, Karen berkata, dia gembira apabila bisnes kecil-kecilan, iaitu berniaga durian dari Malaysia mendapat sambutan sangat menggalakkan.

“Saya import durian dari Malaysia, iaitu dari Pahang dan Pulau Pinang. Seperti ramai tahu, tawaran persembahan tiada dan kena cari sumber pendapatan lain kepada pandemik COVID-19. Jadi, saya terfikir ada bagusnya saya menjual durian di Hong Kong.

“Saya terkejut, ia mendapat sambutan sangat memberangsangkan. Orang Hong Kong sangat sukakan durian Malaysia mengalahkan durian dari Thailand. Durian juga ada musimnya, jadi saya akan berniaga pada musim buah,” katanya.

Tambah Karen, dia juga mengusahakan perniagaan kafe salon bersama suami dan bersyukur apabila ia berjalan lancar sejak beroperasi tiga bulan lalu.

“Saya dan suami membuka kedai kopi dan salon sejak tiga bulan lalu. Membuka kafe salon adalah impian kami memandangkan suami adalah pereka rambut.

“Jujurnya, sewa kedai sangat tinggi, apatah lagi pada musim pandemik. Peningkatan varian Omicron juga memberi impak pada perniagaan, kami mengalami kerugian dari segi jualan.

“Di Hong Kong, semua kedai perlu ditutup pada jam 6 petang, ia sedikit sebanyak memberi impak kepada banyak perniagaan. Disebabkan itu, saya perlu bekerja lebih keras untuk membantu suami,” katanya yang mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu.

Di kafe salon itu, Karen turut memperkenalkan menu Malaysia iaitu laksa dan berbangga apabila ia menerima banyak komen positif.

“Orang Hong Kong sukakannya dan memuji keaslian laksa dari Malaysia. Saya selalu berkongsi mengenai keistimewaan makanan Malaysia sebab ramai yang tidak tahu dan tidak kenal. Jadi, ini adalah salah satu inisiatif saya.

“Saya juga membuat saluran YouTube sendiri, yang mana saya berkongsi mengenai keistimewaan Malaysia seperti makanan, budaya dan pelbagai lagi.

“Sekarang saya di Malaysia, saya mahu bercuti dan merakamkan lokasi menarik untuk berkongsi bersama pengikut di Hong Kong,” katanya.

Karen berharap usahanya menerusi perniagaan dapat menjadikan perangsang buatnya terus mengembangkan kerjaya nyanyian.

Terbaru, Karen baharu mengeluarkan dua single baharu di Hong Kong.

“Saya menyertai program realiti, King Maker 3 dan berjaya mendapat Top 30. Dari situ, saya berjaya bernaung di bawah sebuah syarikat rakaman dan baru mengeluarkan dua single baharu.

“Lega dan rasa berbaloi kerana usaha keras semakin membuahkan hasil dan tidak sia-sia, biarpun lebih 11 tahun menunggu,” katanya.

Pada 2007, Karen pernah popular dalam kalangan peminat tempatan selepas melancarkan album Melayu. Lagu popularnya, Cinta Hello Kitty juga berjaya menaikkan namanya di Malaysia. BH

Penyanyi Malaysia Karen Kong laku jual durian di Hong Kong


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker