Sherry Alhadad nak kurus macam Nasha Aziz

Sherry Alhadad nak kurus macam Nasha Aziz

Pengacara dan pelakon popular Sherry Alhadad gembira selepas berjaya menurunkan berat badan sekitar 18 kilogram berkat usaha sendiri mengamalkan gaya hidup sihat sejak Ogos tahun lalu.

Sherry atau nama lengkapnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 38, memberitahu, keinginan untuk menurunkan berat badan timbul selepas memikirkan soal usianya yang kian meningkat.

“Saya tekad untuk menjalani gaya hidup sihat dengan menurunkan berat badan sejak Perintah Kawalan Pergeraka (PKP3.0) sekitar Ogos tahun lalu.

“Sebabnya saya mahu kehidupan yang lebih sihat memandangkan usia pun semakin meningkat. Bukanlah nak kata badan saya besar sebab tidak menjaga kesihatan. Tapi saya memang sudah begini (berbadan besar) sejak kanak-kanak lagi,” kata Sherry.

Enggan mendedahkan angka sebenar berat badannya sekarang, Sherry berkata beratnya yang sebelum ini mencecah tiga angka kini telah turun menjadi dua angka.

Selain menjaga pemakanan dan juga bersenam, pengacara program Big Stage itu juga mengaku mengamalkan jus pelansingan badan untuk membantunya menurunkan berat badan.

“Setiap hari saya kena makan nasi. Kalau tidak nanti boleh ‘naik hantu’ Tapi saya hanya makan nasi perang (brown rice) dengan sukatan antara 80 gram (g) hingga 100g sehari. Selebihnya saya ambil protein.

“Saya juga ‘potong’ pengambilan gula. Tapi kadang-kala ambil juga untuk bekalkan tenaga,” jelasnya kepada Kosmo! Online

Disoal tentang responds peminat, Sherry tidak menolak ada segelintir netizen seakan-akan tidak ‘merestui’ tindakannya menurunkan berat badan.

“Ada yang menyokong dan ada juga yang menentang. Peminat mahu saya ‘comel’ seperti dahulu. Bukan sahaja peminat, malah ada juga rakan-rakan dalam industri tidak mahu saya kuruskan badan.

“Kata mereka takut nanti hilang identity saya yang dikenali sebagai wanita bersaiz besar. Tapi saya kurus bukanlah sebab nak jadi seperti Nasha Aziz! Tapi untuk kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, Sherry menolak untuk melakukan pembedahan memendekkan usus (bariatrik) untuk lebih cepat kurus kerana masih mampu menurunkan berat badan secara manual.

“Saya masih ada tenaga untuk bersenam. Daripada saya ambil jalan pintas, lebih baik saya ikut proses. Lagi pun saya tidaklah terlalu gelojoh untuk cepat kurus.

“Tapi saya tidak menentang orang yang buat bariatric sebab cara itu juga salah satu alternatif untuk menurunkan berat badan,” kata Sherry. K Online

Sherry Alhadad nak kurus macam Nasha Aziz


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker