Ayulicious bergelar juara Hot FM Radio Star

Ayulicious bergelar juara Hot FM Radio Star

Peserta dari Subang, Selangor, Nor Masyuni Mansor Abdullah atau Ayulicious muncul juara Hot FM Radio Star, sekali gus membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 dan kontrak selama setahun bersama stesen radio, Hot FM.

Tempat kedua dimenangi Muhammad Irsyad Taruddin dari Kulim, Kedah membawa pulang wang tunai RM5,000, manakala tempat ketiga menjadi milik Zulieda Azni dari Kuala Lumpur dengan wang kemenangan RM2,000.



Hot FM Radio Star bertujuan mencari bakat baharu sebagai penyampai radio dan seramai lima peserta terpilih menjadi finalis untuk Hot FM Radio Star termasuk Addy Azmi dan Deera.

Ketua Rangkaian Kandung Hot FM, Nik Nor Azura Nik Mahmood, berkata pelbagai cabaran diberikan kepada peserta termasuk membaca berita, mempromosikan produk pelanggan, membantu mangsa banjir dan merasai pengalaman sebagai pengacara dalam program Borak Kopitiam.

“Tugas penyampai radio bukan hanya bercakap di konti radio, malah mereka perlu menyampaikan dan memberi sesuatu positif kepada pendengar.

“Kami berusaha memberikan suara dan nafas baharu kepada generasi hari ini. Kami berharap bakat baharu yang lahir menerusi Hot FM Radio Star ini boleh digilap dan berpotensi dikembangkan bakat menerusi platform lain juga,” katanya kepada BH Online.



Pentas akhir Hot FM Radio Star dikendalikan pasukan Rakyat Rangers, Fara Fauzana, AG dan Fad Bocey dengan diserikan persembahan Hael Husaini dan Iman Troye.

Kempen itu dijalankan hasil inisiatif Hot FM dan Supercube sejak 6 Disember tahun lalu bertujuan mencari bakat baharu sebagai penyampai radio.

Pendengar setia Hot FM boleh terus kekal mendengarkan Hot FM untuk mengetahui pelbagai lagi kempen yang akan diadakan pada masa akan datang.

Hot FM boleh didengar menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang, 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura, 92.4FM Kuantan, 88.6FM Kota Bharu, 87.7FM Kota Kinabalu, 94.3FM Kuching, 104.3FM Melaka, 99.5FM Seremban, 90.5FM Taping dan 105.0FM Kuala Terengganu.



Secara alternatif, pendengar boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV.

Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822.

Hot FM juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery. BH

Ayulicious bergelar juara Hot FM Radio Star




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM



Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker