Saya orang Melaka lah – Anna Ellisa

Saya orang Melaka lah – Anna Ellisa

DI sebalik wajah cantik berdarah kacukan Melayu dan Inggeris, pasti ramai tidak menyangka pelakon Anna Jobling berasal dari Melaka.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, mengakui turut menerima mesej bertanyakan mengenai salasiah dirinya.

Katanya, ada peminat terkejut apabila mengetahui dia berasal dari negeri bersejarah itu. Malah, mereka juga tertanya-tanya kenapa dia sering ke Melaka.

“Ramai terkejut apabila saya kongsi di Instagram Story kerap berada di Melaka. Ramai mesej tanya saya orang Melaka ke? Bila saya beritahu saya orang Melaka mereka terkejut kerana tidak menyangka.

“Setiap negeri mempunyai dialek dan cara percakapan tersendiri. Mungkin orang Melaka ni nampak kasar dan lantang dalam percakapan, tapi sebenarnya itu cara kami. Jika orang yang tak kenal mesti ingat kami macam tengah marah, tapi jangan risau kami sangat peramah. Walaupun saya dari Melaka, tapi saya tak membesar di sana.

“Saya kerap pulang ke kampung ibu di sana dan kebanyakan saudara-mara saya memang ‘gaya’ orang Melaka. Saya okay sahaja berbual dengan mereka sebab dah terbiasa. Memang riuh dan seronok kalau dapat berjumpa. Saya bangga mengakui saya orang Melaka,” katanya.

Membesar dalam dua budaya berbeza, pelakon drama Oh My Hantaran ini berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai satu cabaran atau kesukaran.

Anna berkata, dia sudah biasa mengadaptasi kehidupan mengikut perbezaan itu sejak kecil.

“Bagi saya tak susah pun membesar dalam dua budaya berbeza sebab saya dah biasa sejak kecil lagi. Lagipun kita di Malaysia, kalau saya membesar di luar negara mungkin agak mencabar. Cabaran itu ada apabila saya masuk dalam industri hiburan kerana sebelum ini saya kurang bergaul dengan orang Melayu, tapi sekarang saya bekerja dalam kelompok masyarakat Melayu dan pelbagai bangsa.

“Saya kena belajar lagi perbaiki cara percakapan bahasa Melayu saya. Walaupun muka saya macam mat salih, tapi saya tak nak dikatakan mat salih, saya nak orang tahu saya ada darah Melayu dan bangga jadi orang Malaysia,” katanya.

Anna mula bergelar model sejak berusia 15 tahun dan mencuba nasib menyertai Dewi Remaja 2018/2019 ketika berusia 18 tahun.

Bapanya yang berasal dari United Kingdom bekerja sebagai jurutera di syarikat cari gali minyak, manakala ibunya berbangsa Melayu yang juga anak jati Melaka. HM

Saya orang Melaka lah – Anna Ellisa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker