Keputusan akhir GV8 bocor, telah diketahui awal?

Keputusan akhir GV8 bocor, telah diketahui awal?

“Saya tak rasa ada keputusan bocor. Saya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku, mungkin ini kesalahan teknikal”.

Demikian respons Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad mengenai dakwaan keputusan keseluruhan pusingan akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bocor dan diketahui lebih awal.

Menurut Raqim, dia sangat yakin tidak ada sesiapa yang membocorkan keputusan kepada orang luar kerana perkara tersebut (keputusan) adalah sulit dan tidak semua individu mengetahuinya.

“Daripada pihak kami, saya sangat pasti tak ada yang membocorkan awal daripada masa sepatutnya.

“Tetapi, isu ini kami boleh siasat. Mungkin ada masalah teknikal dari pihak sana,” katanya usai sidang media bersama barisan pemenang diumumkan malam tadi.

Tegas Raqim, individu terawal yang mendapat keputusan akhir GV8 adalah dirinya, ketua juri iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan juri jemputan, Joe Flizzow.

“Semua markah dikira oleh juruaudit yang duduk bersama dengan pasukan produksi di belakang pentas.

“Yang tahu dulu keseluruhan markah semestinya saya, Tok Ram dan semua juri. Jadi, tak mungkin keputusan malam ini (Ahad) bocor,” katanya.

Terdahulu, isu kebocoran keputusan akhir GV8 kecoh diperkatakan apabila terdapat sebuah portal hiburan yang memuat naik keputusan keseluruhan pertandingan tersebut, sejam lebih awal.

Lebih pelik, keputusan tersebut dikeluarkan ketika pusingan battel sedang berlangsung dan nama penulis tertera tidak berada di lokasi program.

Semalam Aliff Aziz, 31, menewaskan lima peserta lain menerusi mempersembahkan lagu Sampai Syurga secara solo dan lagu Dealova duet bersama Hafiz Suip.

Bagi segmen battle pula, Aliff berentap bersama Aweera menerusi lagu Bangun nyanyian asal Aman Ra.

Kemenangan itu sekali gus melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.

Sementara itu, Nikki Palikat diumumkan selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 manakala tempat ketiga pula milik Suki Low yang membawa pulang RM30,000. K Online

Keputusan akhir GV8 bocor, telah diketahui awal?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker