Idris Elba jadi James Bond Baru?

Idris Elba jadi James Bond Baru?

Penerbit eksekutif filem Bond, Barbara Broccoli tidak menafikan kemungkinan pelakon Idris Elba bakal membawa watak James Bond untuk sekuel akan datang filem itu.

Broccoli berkata, nama pelakon itu turut disebut-sebut dalam perbincangan, namun sukar untuk berbicara lanjut mengenainya buat masa sekarang.

“Kami kenal Idris, bersahabat dengannya dan dia adalah seorang pelakon yang luar biasa. Dia turut disebut dalam perbincangan tetapi kami belum boleh berbicara lanjut mengenainya sementara watak itu masih dimiliki orang lain.

“Kami hanya akan membuat keputusan selepas No Time to Die habis ditayangkan sepenuhnya. Kami berpeluang rasa dan mendapat manfaat sepanjang pembabitan Daniel Craig.

“Kami tidak mahu fikir atau bercakap mengenai orang lain pada waktu sekarang,” katanya.

Jika ia menjadi kenyataan, Elba adalah pelakon kulit hitam pertama membawa watak James Bond.

Ada juga khabar angin mengatakan Elba bakal membintangi filem Bond sebagai watak penjahat.

Menurut satu sumber, pelakon itu ada berbincang secara tidak formal dengan studio terbabit mengenainya.

“Dia diberitahu ada watak sesuai untuknya dalam filem Bond akan datang sekiranya dia mahu. Dia tidak akan memegang watak itu (Bond) sebaliknya diberikan watak baharu.

“Perbincangan itu masih di peringkat awal namun dia mungkin akan diberikan watak penjahat,” kata sumber terbabit.

Terdahulu, Craig mengumumkan dia mahu ‘bersara’ daripada menggalas watak James Bond yang dipegang sejak 2006.

Sekuel No Time to Die menjadi lakonan terakhirnya sebagai ejen perisik popular itu. HM

Idris Elba jadi James Bond Baru?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker