Suami tidak tahan godaan jururawat muda

Suami tidak tahan godaan jururawat muda

PERKAHWINAN Isa dan Liza (bukan nama sebenar) tampak berjalan cukup lancar apabila masing-masing berjaya menjalankan tanggungjawab melayari rumah tangga dengan sebaiknya.

Usia perkahwinan antara Isa dan Liza telah memasuki usia dua dekad. Sepanjang berkongsi hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Pada usia melewati 40-an, pasangan itu juga dilimpahi dengan nikmat harta benda memandangkan Isa dan Liza mempunyai kerjaya yang bagus.

Isa kini berstatus pakar di sebuah hospital swasta di Lembah Klang, manakala Liza merupakan jururawat kanan di klinik kesihatan yang lain.

Malangnya, usia perkahwinan pasangan merpati sejoli itu tidak bertahan lama apabila masing-masing bersetuju untuk membawa haluan masing-masing pada akhir tahun lalu.

Menurut Liza, perpisahan tersebut berlaku angkara sikap Isa yang bermain kayu tiga di belakangnya sehingga membawa kekecewaan yang cukup mendalam.

“Saya betul-betul tidak sangka, Isa sanggup berlaku curang. Saya telah memberi sepenuh kepercayaan kepadanya, tetapi ini yang dia balas.

“Daripada saya terus merana, lebih baik saya teruskan hidup bersendirian. Lagipun, anak-anak kami sudah besar,” katanya kepada K2 baru-baru ini.

Cerita Liza, suaminya dipercayai mempunyai kekasih gelap atau skandal dengan seorang jururawat muda yang berkhidmat di hospital sama.

Tegasnya, Isa bukan sahaja sering dilihat menghabiskan masa bersama wanita dikenali sebagai Afikah itu, malah hingga berlanjutan ke kamar hotel.

“Saya difahamkan, Afikah ini merupakan wanita berusia lingkungan akhir 20-an yang sudah berumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.

“Bagaimanapun, dia terpaksa berjauhan dengan suaminya yang bekerja dalam sektor kerajaan di negeri lain. Jadi, mungkin kurang kasih sayang sebab itu dia rapat dengan Isa,” ujar Liza.

Ujarnya, dia berjaya menghidu hubungan Isa bersama wanita lain selepas melihat perubahan sikap dan gaya yang ketara pada suaminya.

Dia memaklumkan, suaminya sering menghabiskan masa di hospital sehingga ada masanya tidak pulang ke rumah selama dua hingga tiga hari atas alasan kerja.

“Saya faham kerja doktor pakar ini selalu kena on call terutamanya jika ada hal kecemasan. Pada mulanya, saya tidak ambil kisah sangat tugas kerana faham dengan tugas Isa.

“Tetapi lama-kelamaan terdetik dalam hati untuk bertanyakan kepada rakan saya yang berkhidmat di hospital sama dengan Isa,” terangnya.

Liza berkata, rakannya memaklumkan bahawa Isa dilihat sangat mesra dengan Afikah termasuklah sering menghabiskan masa makan bersama di kafe hospital.

Pada peringkat awal, Liza tidak mempercayai gosip yang disampaikan rakannya itu, namun selepas melihat akaun Instagram Afikah, dia mula perasan sesuatu yang tidak kena.

Katanya, Afikah dilihat sering memuat naik gambar dirinya memperagakan pakaian berjenama mewah dan menginap di hotel-hotel terkemuka di sekitar ibu kota.

“Pada saya, mustahil seorang jururawat boleh pakai baju berjenama mewah dan bermalam di hotel lima bintang. Lagi pula, suami Afikah hanya seorang kakitangan awam biasa. Jadi, saya syak Isa yang beri Afikah duit,” ujarnya.

Pada satu hari, ketika ingin membasuh pakaian, Liza terjumpa resit belian beg tangan Louis Vuitton (LV) bernilai hampir RM7,000 di dalam poket seluar Isa.

Kebetulan sehari sebelum itu, Liza terlihat Afikah memuat naik gambar hadiah berupa beg tangan LV sempena sambutan hari lahirnya.

Rentetan itu, Liza terus mengambil keputusan untuk menyiasat lebih lanjut hubungan antara Isa dan Afikah.

Dia telah mengekori Isa selama hampir tiga hari sebelum berjaya melihat dan merakam gambar suaminya keluar dari kereta sebelum naik ke hotel mewah bersama Afikah.

“Saya betul-betul tidak sangka, Isa sanggup berzina dengan wanita yang masih berstatus isteri orang. Dia juga sanggup ‘berhabis’ untuk perempuan itu,” katanya.

Dengan bukti yang kukuh, Liza mengambil keputusan memohon perceraian dari mahkamah syariah atas alasan suaminya telah melakukan dosa besar dengan melakukan zina.

Jelasnya, sewaktu perbicaraan di mahkamah, hakim ada bertanyakan Isa mengenai perkara zina berkenaan, namun suaminya menunduk diam sebelum mengangguk kepala.

“Saya rasa bercerai merupakan perkara terbaik antara kami. Saya juga difahamkan Afikah telah diceraikan suaminya setelah cinta terlarangnya diketahui.

“Saya berharap Isa dan Afikah dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri yang ’sah’ kerana masing-masing telah hidup solo ketika ini,” katanya lagi. K Online

Suami tidak tahan godaan jururawat muda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker