Mawi tak berani tayang filem di pawagam

Mawi tak berani tayang filem di pawagam

Biarpun tinggi harapan agar filem kedua arahannya, Hantu Kuat Ketawa ditayangkan di pawagam, Mawi pasrah dengan situasi semasa penularan pandemik COVID-19.

Mawi atau nama penuh, Asmawi Ani menganggap sekarang bukan masa sesuai untuk menayangkan filem Hantu Kuat Ketawa di pawagam.

“Jika filem pertama dibawa ke pawagam, kali ini, saya akur platform tayangan yang dipilih adalah Astro First.

“Sekarang bukan masa sesuai untuk saya tayang filem di panggung wayang. Memang agak susah untuk penonton ke pawagam dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Menonton di rumah lebih mudah. Peminat hanya perlu melanggan dan menonton secara santai bersama keluarga. Filem ini sesuai untuk famili,” katanya pada sidang media filem Hantu Kuat Ketawa di ibu negara, baru-baru ini.

Filem terbitan Al Najwa Production Sdn Bhd dan MW Entertainment Sdn Bhd itu akan ditayangkan di platform Astro First mulai 27 Januari ini.

Mawi memuji dan menghormati penerbit serta syarikat produksi yang berani membawa filem terbitan mereka ke pawagam.

“Saya kagum dengan penerbit yang masih berani menayangkan filem mereka di pawagam.

“Namun, pada akhirnya, ia adalah pilihan mereka sama ada memilih televisyen (TV) di rumah atau pawagam,” katanya.

Mawi berkata, keputusan menayangkan Hantu Kuat Ketawa di Astro First dibuat mengambil kira kos penerbitan dan pemasaran.

“Soal promosi dan pemasaran dikendalikan Astro. Jika tayangan di pawagam, syarikat produksi perlu membiayai sendiri kos pemasaran.

“Jadi, jelas ada penjimatan kos. Biar apapun, saya lihat dalam sudut positif dan anggap proses pembelajaran. Alhamdulillah, perjalanan untuk menerbitkan filem kedua ini dipermudahkan,” katanya.

Filem Hantu Kuat Ketawa membariskan pelakon otai dan baharu termasuk Saiful Apek, Syanie Hisham, Zarina Anjoulie, Anas Tahir dan Along Cham.

Sebelum ini, filem sulung arahan Mawi iaitu Tiada Tajuk yang ditayangkan di pawagam meraih pulangan modal dengan kutipan RM503,600 berdasarkan Carta Kutipan Filem Cereka 2019 oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). BH

Mawi tak berani tayang filem di pawagam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker