Athisha Khan selamat bernikah

Athisha Khan selamat bernikah

Dengan sekali lafaz, adik kepada selebriti popular Neelofa, Athisha Khan selamat bergelar isteri kepada Wan Amirul Haiqal di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur hari ini.

Pasangan yang telah berkenalan sejak 10 tahun lalu itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Abdul Halim Khan.

Dalam majlis yang berlangsung bertemakan suasana dalam taman, Athisha, 24, yang juga seorang pempengaruh media sosial itu menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pihak lelaki.

Athisha dan suami turut dilihat menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis masing-masing selepas selamat dinikahkan.

Menerusi perkongsian Instagram beberapa ahli keluarga termasuk Neelofa dan Ameerah Khan, Athisha anggun mengenakan persalinan gaun serba putih rekaan Alia Bastamam.

Sementara, pelamin dan dekorasi pula dihias indah oleh perunding majlis perkahwinan terkenal, Reka Teemor.

Sebagai info, Athisha merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom manakala Wan Amirul merupakan graduan Ekonomi dari Universiti Coventry, England.

Untuk rekod, Athisha melangsungkan pertunangan pada 19 Januari lalu dalam sebuah majlis ringkas di kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat. K Online

Athisha Khan selamat bernikah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker