Aqil Zulkiflee Jadi Bongkak Lepas Menang ABPBH?

Aqil Zulkiflee Jadi Bongkak Lepas Menang ABPBH?

Bulan lalu Youtuber Aqil Zulkiflee telah memenangi trofi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 bagi kategori YouTuber Popular.

Disebabkan oleh kemenangannya itu, seorang wanita mula mendedahkan perangai sebenar Aqil yang dikatakan tidak menyukai kanak-kanak dan sombong.

“Aqil Zulkiflee ayat kau yang budak main kat laman jerit-jerit nama kau tu adalah anak aku. Tak pernah anak-anak aku pergi rumah kau even sekangkang kera. Nak goreng cerita naik buai pun beragak ler dik”, tulisnya di posting Facebook.

Wanita yang dikenali sebagai Leha itu merupakan jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah Aqil. Ujarnya anak-anaknya itu pernah tidak dihiraukan oleh Aqil selepas mereka memanggilnya.

“Tak silap aku 5 bulan lepas dah lama dah kot, anak-anak teruja tengok Aqil depan mata, maklumlah berjiran. Diorang pun sapa dengan panggilan ‘Aqil’. Jangan kata lambai, pandang pun tak nak eh. Hakikatnya kau memang tak suka pun kids ni. Fake je lebih.”

Tambahnya lagi anak-anaknya juga pernah memintanya untuk membeli data internet kerana mahu mengundi Aqil di ABPBH. Malah Leha juga mendedahkan dia tidak pernah melihat orang datang ke rumah Aqil seperti yang didakwanya.

“Aku suri rumah 24 jam duduk rumah tak pernah pulak aku nampak orang berduyun-duyun serbu rumah kau mintak sign. Takyah bajet la kalau baru seorang je yang datang nak jumpa, mungkin orang tu datang dari jauh.”

Untuk info kamu, Aqil pernah memuat naik posting di Facebook meminta orang ramai untuk menghormati privasinya dan keluarga. Malah dia juga mengatakan sesetengah ibu bapa bersikap tidak sopan dan mahu menyaman sesiapa yang dengan datang ke rumahnya tanpa ‘dijemput’.

“Satu je pesan akak dik, apa yang kau jadi harini adalah hasil dari budak-budak yang kau tak suka la dok tengok support kau. Dok share dengan kawan-kawan sekolah diorang pasa video sampah kau. Jangan fake dik. Ramai dah perasan, tu je nak cakap.” Wn

Aqil Zulkiflee Jadi Bongkak Lepas Menang ABPBH?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker