UN rayu Israel serah bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas

UN rayu Israel serah bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas

Suruhanjaya siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat jenayah perang dalam konflik Israel-Hamas pihak akan menumpukan kepada dakwaan keganasan seksual oleh Hamas dalam serangan 7 Oktober lalu ke atas Israel.

Pengerusinya, Navi Pillay, pada Rabu, berkata suruhanjaya itu akan melancarkan rayuan bagi mendapatkan bukti dan menyerahkannya kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

“Saya menggesa ICC untuk mempertimbang pendakwaan di tengah-tengah kritikan Israel dan keluarga tebusan Israel bahawa PBB mendiamkan diri.

“Saya kini duduk sebagai pengerusi suruhanjaya yang mempunyai kuasa untuk menyiasat perkara ini. Jadi, tidak mungkin kita akan berdiam diri,” katanya.

Pengerusi suruhanjaya tiga anggota yang menyiasat penderaan dilakukan di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki itu berkata beberapa individu sudah menyatakan hasrat untuk memberikan keterangan dan ia akan diserahkan kepada pendakwa raya.

Bagaimanapun, cabaran utama bagi Pillay adalah Israel tidak bekerjasama dengan suruhanjaya itu, yang didakwa anti Israel dan berat sebelah.

Suruhanjaya mungkin sukar untuk mengumpulkan bukti yang mencukupi bagi menyokong pertuduhan pada masa akan datang jika akses tidak diberikan.

Pihak berkuasa Israel sudah pun membuka penyiasatan mereka sendiri terhadap keganasan seksual ketika serangan paling berdarah dalam sejarah Israel.

Antara lain, timbul dakwaan rogol, selepas ada bukti menunjukkan berlaku jenayah seksual, seperti mangsa yang ditemui dibogelkan dan dicacatkan.

Hamas menafikan penderaan itu dan tidak memberikan komen dengan segera. Jurucakap kerajaan Israel juga tidak memberikan komen.

Bukti mengenai keganasan seksual itu termasuk keterangan yang diberikan kepada Reuters sejak 7 Oktober oleh responden pertama di lokasi serangan dan anggota simpanan tentera yang merawat mayat dalam proses pengecaman.

Reuters juga sudah melihat foto yang menyokong beberapa keterangan itu.

Pillay, yang juga bekas ketua hak asasi manusia PBB dan hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ), berkata Suruhanjaya Siasatan PBB akan keluarkan kenyatan umum ‘menggesa penyerahan bukti ” daripada orang awam mengenai dakwaan keganasan seksual Hamas.

Pillay memberitahu Reuters, beliau sudah bertemu dengan pendakwa ICC sejak serangan 7 Oktober lalu untuk bekerjasama dalam berkongsi bukti.

“Saya sangat kagum dengan penekanan oleh timbalan pendakwaraya (Nazhat Shameem Khan) mengenai betapa seriusnya beliau ingin menyiasat kes keganasan seksual dan aduan daripada Israel,” katanya. BH

UN rayu Israel serah bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker