Persembahan Aweera Mampu ‘Pijak’ Peserta Lain – Ramli MS
Persembahan Aweera Mampu ‘Pijak’ Peserta Lain – Ramli MS
Persembahan Gegar Vaganza 8 (GV8) pada separuh akhir Ahad lalu, menyaksikan 6 orang finalis berjaya mara ke peringkat akhir pada minggu hadapan.
Markah Aweera Tertinggi
Mengundang sorak dikalangan peminat, Aweera yang mendendangkan dua lagu asal kumpulan Search, Kerja Gila dan Fantasia Bulan Madu muncul sebagai juara peringkat itu dengan memperoleh markah tertinggi sebanyak 81.30%.
Manakala, 5 peserta lain yang turut mara adalah Aliff Aziz, Nikki Palikat, Azan Scan, Adibah Noor, dan Suki Low. Buat Ani Maiyuni dan Shidee pula terpaksa akur dengan kedudukan dua terendah sekaligus tersingkir pada minggu itu.
Dalam perkembangan berkaitan, ketua juri GV8, Dato Ramli MS menyifatkan persembahan Aweera ketika sesi latihan jauh lebih baik biarpun berada di tangga teratas dalam konsert tersebut. Bagaimanapun, menurut Maestro muzik itu dia gembira dengan prestasi Aweera yang semakin baik.
“kalau saya tengok masa aweera ketika latihan dia punya persembahan lagi bagus dan saya pun terkejut sebab selama 9 minggu saya tengok dia dan dibandingkan dengan latihan yang baru-baru ini dia nyanyi macam orang lain.
“apa yang anda semua tengok persembahannya itu sebenarnya dua hari lepas(ketika persembahan) dia lagi bagus. mungkin dia nervous atas pentas tetapi saya sangat gembira dengannya” kata Ramli
Ketika ditanya mengenai tuah Aweera mendapat lagu-lagu yang merupakan genre nya, Ramli berkata ada minggu yang penyanyi itu gagal membawakannya dengan baik.
“8 minggu sebelum ini pun ada lagu dia tetapi hancur dia nyanyi.
“ia bukan mengenai lagu tetapi macam mana dia bawakan dan menjiwai lagu tersebut seolah-olah bukan dia yang menyanyi. dia sangat bagus” kata Ramli lagi
Pada konsert akhir GV8, kesemua finalis akan membawakan tiga buah lagu terdiri daripada lagu ‘battle, solo dan duet bersama penyanyi undangan.
Markah Penuh Separuh Akhir GV8
1. Aweera – 81.30%
2. Nikki Palikat -76.00%
3. Aliff Aziz -72.20%
4. Azan Scan – 69.70%
5. Adibah Noor – 65.20%
6. Suki Low – 64.80%
7. Ani Maiyuni -61.00%
8. Shidee – 58.30%
Persembahan Aweera Mampu ‘Pijak’ Peserta Lain – Ramli MS
Baca Artikel Menarik :
- Jihan Musa didakwa salah guna kuasa
- Cop Parkir, Macam Bapak Dia Punya (Video)
- Lengkap vaksin kini syarat wajib berkahwin
- Susu Badan Ibu Ini Bertukar Hijau Selepas Dijangkiti Covid-19
- Naim Daniel Jual Jiwa Kepada Syaitan?
- PLUS Koyak! Tutup ruang komen setelah dihujani ribuan kecaman
- Shuib akhirnya luah isi hatinya
- Nik Abduh beri teguran, pengguguran Khairuddin perlu penjelasan
- Dakwaan cabul srikandi parti, ADUN Bersatu kata konspirasi
- Dollah Salleh Terlibat Dalam Kemalangan
- Bila saya kata tidak akan sentuh wanita – Zul Ariffin
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]