Dasar, kejayaan kerajaan perlu dijelas kepada rakyat elak keliru – Ismail

Dasar, kejayaan kerajaan perlu dijelas kepada rakyat elak keliru – Ismail

Dasar kerajaan dan kejayaan pelaksanaannya perlu diperjelas kepada rakyat supaya tidak keliru dengan fitnah dan kempen anti-kerajaan, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, penjelasan mengenai kedua-dua perkara itu juga harus dipertingkatkan supaya rakyat mendapat maklumat tepat.

Katanya, program seperti “Jom Masuk Kampung” antara platform sangat baik untuk menjelaskan kepada rakyat dasar kerajaan, selain mampu merapatkan silaturahim penduduk sejajar aspirasi Keluarga Malaysia.

“…banyak dasar diumumkan kerajaan dan kejayaan yang dicapai kerajaan, tetapi apabila ia tidak dijelaskan kepada rakyat, rakyat keliru, terutamanya apabila ada kempen anti-kerajaan atau pelbagai fitnah (terhadap kerajaan).

“Ini boleh menyebabkan rakyat keliru dan mereka (rakyat) tidak boleh dipersalahkan apabila keliru kerana informasi tidak sampai kepada mereka,” katanya semasa berucap merasmikan Program Jom Masuk Kampung dan Hari Potensi Kemas Daerah Bera 2022 di Felda Triang 3.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Ramlan Harun, Ketua Pengarah Kemas, Mohamad Yasid Bidin dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Norolazali Sulaiman.

Program tiga hari bermula 18 Ogos lalu, antara lain melibatkan penganjuran pelbagai aktiviti dengan penyertaan agensi kerajaan dan masyarakat setempat, seperti hebahan program kerajaan, gotong-royong, ceramah agama, pertandingan sukan dan ziarah kasih. FMT

Dasar, kejayaan kerajaan perlu dijelas kepada rakyat elak keliru – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker