Siti Saleha sah bercerai

Siti Saleha sah bercerai

Pelakon Siti Saleha, 32, sah bercerai dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 36, dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.

Siti Saleha mengaku perceraian itu berlaku secara baik dan reda jodoh dengan Ahmad Lutfi hanya bertahan empat tahun.
“Okay, untuk hari ini, kami sudah bercerai secara baik. Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini sahaja. Itu sajalah saya nak cakap. Selebihnya, saya tak nak ulas apa-apa,” katanya kepada Harian Metro Online.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini juga enggan mengulas lanjut mengenai butiran berkenaan prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang.

“Kami tiada persefahaman, itu sahaja… Terima kasih,” katanya.

Terdahulu, pada 13 Oktober tahun lalu, Siti Saleha mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi. Siti Saleha dilaporkan berkata, ia dilakukan atas kebenaran mahkamah.

Berita keretakan rumah tangga mereka agak mengejutkan kerana Siti Saleha tidak pernah berkongsi masalah peribadi secara terbuka dalam media sosial atau media massa.

Kali terakhir pelakon itu memuat naik gambar bersama suami pada 24 Mac tahun lalu. Hantaran itu sempena meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.

Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata. BH

Siti Saleha sah bercerai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker