Azira berjemur, Sharnaaz pula yang bimbang

Azira berjemur, Sharnaaz pula yang bimbang

Pelakon Sharnaaz Ahmad sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas meninggalkan komen berbaur ‘usikan manja’ pada gambar yang dikongsi oleh pelakon dan juga penyanyi, Azira Shafinaz dalam Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan, 31, berkongsi gambar ketika berada di sebuah pantai dalam keadaan cuaca panas terik dengan kapsyen berbunyi; “Bawa diri jap”.

Sharnaaz kemudiannya telah meninggalkan komen menyuarakan kebimbangan jika kulit Azira menjadi gelap kerana berjemur bawah pancaran matahari yang terik.

“Panas tu cik kak. Gelap satgi (nanti),” komen Sharnaaz.

Sikap ‘prihatin’ aktor yang mesra disapa mamu itu sekali gus menjadi bahan usikan netizen apabila masing-masing memberi sokongan supaya Sharnaazztidak berputus asa menawan hati Azira.

Malah, ada juga berpendapat gambar tersebut sebenarnya dirakam Sharnaaz yang dikatakan turut berada di pantai tersebut.

“Jangan jatuhkan martabat. Apa yang penting cuba mamu. Dapat tak dapat, belakang kira. Cakap dekat dia (Azira) kalau tak mahu makan keju, nasi kandar ada,” komen seorang netizen.

“Mamu ‘cover line’. Sebenarnya mamu yang ambil gambar ni. Masuk minang terus mamu,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

“Nampak dekat kaca mata Azira mamu yang ambil gambar,” dakwa seorang netizen.

Menerusi hantaran berbeza, anggota kumpulan rap De Fam itu telah berkongsi sebuah video pendek ketika berada di tepi pantai.

Berdasarkan komen yang ditinggal Sharnaaz, difahamkan video tersebut telah dirakam di salah sebuah pantai di Langkawi.

“Panas sikit Langkawi ni,” komen Sharnaaz.

Seperti biasa, komen yang ditinggalkan pelakon filem Juvana itu mendapat perhatian netizen yang mengusik mereka berdua.

“Ayat tergantung sikit bang. Sambung sikit lagi. Langkawi panas, sepanas cinta kita,” komen seorang netizen.

“Siapa tolong rakam video? Jiran saya suruh tanya,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

Sekadar info, sebelum ini Kosmo! Online pernah cuba untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari bapa kepada Jebat Jayden itu tentang hubungan istimewanya dengan Azira.

“Tak perlu cakap apa-apa. Kalau saya nak keluarkan kenyataan, saya akan cakap sendiri.

“Nak keluar apa-apa kenyataan, saya sendiri akan keluar melalui IG saya. Apa-apa yang bukan keluar daripada IG (Instagram) saya adalah bukan daripada mulut saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pelakon kelahiran George Town, Pulau Pinang itu pernah berkahwin dengan kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd. Noor pada 31 Mac 2017 namun bercerai pada tahun 2020

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang dilahirkan pada 30 Ogos 2018. K Online

Azira berjemur, Sharnaaz pula yang bimbang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker