Nombor Shuib pun saya tak ada – Nana

Nombor Shuib pun saya tak ada – Nana

Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias atau lebih mesra disapa sebagai Nana tampil meluahkan rasa hairan apabila dirinya terpalit dengan gosip di mana dia didakwa menjalinkan hubungan dengan Shuib Sepahtu.

Dia yang ditemui sebuah portal berita walau bagaimanapun mengucapkan terima kasih dengan keprihatinan segelintir netizen yang menunggu sebarang berita dirinya naik pelamin untuk kali kedua.



Menurut penyanyi lagu Angkara itu lagi, gosip berkenaan muncul setelah video TikTok yang dimuat naiknya ketika dia berkunjung ke sebuah butik itu menjadi tular.

Saya pun tak tahu macam mana benda (gosip) ditimbulkan dan video saya ke butik itu boleh jadi ‘viral’ sebab di antara pihak saya dan butik berkenaan sudah lama bekerjasama sebelum ini.
Saya datang ke butik terbabit pun bagi membuat baju untuk persembahan. Tak ada kena mengena langsung dengan tujuan nak tempah baju pengantin seperti yang diusik netizen itu.

Jelasnya lagi, nombor telefon usahawan minuman Bubble Bee itu juga tidak pernah dimilikinya sebelum ini, jadi soal menjalinkan hubungan istimewa itu tidak patut wujud.

Namun begitu, pelakon drama Cinta Semanis Honey ini tidak tertekan dengan usikan sebegitu kerana menganggap ianya lumrah sebagai seorang artis.



Terdahulu, Shuib ada memaklumkan bahawa dia kini dalam proses mengenal hati budi seseorang namun belum sampai ke tahap serius.

Shuib sebelum ini telah kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah akibat COVID-19 dan kini bergelar bapa tunggal kepada empat orang anak iaitu Uwais Alqarni,10, Dzahira Talita Zahra,8, Ariq Matin,6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan. Bn

Nombor Shuib pun saya tak ada – Nana


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila



Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker