Maya Karin dikaitkan dengan individu berpangkat Datuk?

Maya Karin dikaitkan dengan individu berpangkat Datuk?

Pelakon hebat, Maya Karin tampil menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkannya dengan seorang individu berpangkat Datuk.

Pelakon itu yang ditemui semalam berkata, dia sememangnya berkawan baik namun tidak mempunyai hubungan istimewa dengan individu tersebut seperti yang didakwa segelintir pihak sebelum ini.

“Ya, memang kami rapat. Tetapi bukan seperti yang didakwa. Kami hanya berkawan baik.

“Saya ada ramai kenalan orang politik. Jadi saya tak faham bagaimana dakwaan seperti ini boleh timbul,” jelasnya.

Maya berkata demikian ketika hadir di sidang media filem Telaga Suriram di ibu kota baru-baru ini.

Hadir sama adalah sutradara terkenal Osman Ali serta barisan pelakon hebat seperti Ellie Suriati, Nabila Huda, Farid Kamil, Scha Alyahya.

Dalam pada itu, Maya mengakui masih terbuka hati untuk berumah tangga.

Namun pelakon jelita ini berkata tidak ada tekanan untuk itu dan ketika ini lebih memilih untuk menambah lebih ramai kenalan dan meluaskan jaringan sosial.

“Tentu sekali saya masih mahu berumah tangga. Tetapi sekarang saya hanya menambah lebih ramai kenalan. Meluangkan lebih masa, bertemu kawan baharu meskipun dahulu saya merasakan tiada keperluan. Segan.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah masa terbaik untuk saya kenal lebih ramai orang. Tambah jaringan sosial.

“Jadi, buat masa ini tiada tekanan untuk berkeluarga,” katanya lagi. Utusan

Maya Karin dikaitkan dengan individu berpangkat Datuk?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker