Jihad Caprice dengan tayang wanita joget?

Jihad Caprice dengan tayang wanita joget?

“Apa Hukum Tayang Wanita Joget Ye?” – Lancar Muzik Video Baru, Netizen Perli ‘Jihad’ Caprice

Malam semalam, muzik video single terbaru Caprice berjudul ‘Ayah’ telah pun dilancarkan. Lagu tersebut adalah kolaborasi Caprice bersama beberapa penyanyi lain iaitu SonaOne, Zynakal dan Tujuloca.



Melalui Instagram, pemilik nama Ariz Ramli itu telah menerangkan tujuannya menerbitkan lagu berkenaan adalah untuk berjihad dan pada masa yang sama, mahu memberi pengajaran kepada orang ramai.

Katanya lagi, meskipun sering diperli atau dikecam tentang ‘jihadnya’ itu dia sama sekali tidak akan berhenti kerana sejak dulu sememangnya Caprice suka berjihad menerusi karyanya.

Menurut Caprice lagi, dia tidak akan berhenti berbuat sedemikian kerana niatnya berjihad itu bukanlah demi manusia. Entri tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen di mana ada yang menyokong namun sesetengah individu dilihat memerlinya di ruangan komen.

Yang tak habis habis perli jihad kita, I will never stop “jihad in education” since kita bukan buat tu demi manusia.”



Kebanyakan daripada mereka dilihat menyindir Caprice serta ada yang merasakan apa dilakukan olehnya itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.

Mereka turut berkata penari wanita di dalam muzik video tersebut yang tidak menutup aurat dan dikatakan seksi, tidak sesuai konteks ‘jihad’.

Ada yang dilihat menegurnya dan berkata teguran dari seseorang individu itu bukanlah kerana mereka sempurna mahupun ahli syurga.

Apa pendapat anda tentang isu ini? Bn



Jihad Caprice dengan tayang wanita joget?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu



Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker