Ruhainies dikejarkan ke hospital

Ruhainies dikejarkan ke hospital

Pelakon cantik Ruhainies akhirnya tewas dan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami keracunan makanan yang teruk sejak minggu lalu.

Ruhainies berkata, dia terlebih dahulu mengalami beberapa gejala seperti muntah-muntah teruk dan sakit perut ketika sedang bekerja.

“Kalau ikutkan saya alami keracunan makanan sejak minggu lalu lagi. Sakit dia Tuhan sahaja yang tahu.

“Hari ini baru rasa okey sikit dan terus saya minta kebenaran doktor untuk keluar dari wad dan sambung kerja,” katanya.

Terdahulu, Ruhaines atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, berkongsi keadaan terkini kesihatannya dalam Instagram.

“Saya tak ingat bila kali terakhir yang keracunan yang sebegini teruk. Tetap kena kerja masa sakit, seksa okey. Orang macam kami, MC pun tiada guna, tetap kena kerja sebab tak mahu menyusahkan orang.

“Pesanan Anis, jagalah diri, jaga kesihatan okey. Tak kisahlah berapa berat tugas dan berapa banyak duit yang kita dapat, kesihatan tetap nombor satu,” tulisnya.

Pada hantaran sama, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak produksi yang memahami situasinya.

“Terima kasih kepada pihak produski drama yang sangat memahami dan bagi saya call time (waktu kerja) sedikit lewat untuk penggambaran,” katanya yang sibuk dengan penggambaran drama Sayang Tak Dikenang arahan Feroz Kadir.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan doa kepada Ruhainies agar segera sembuh dan terus diberikan kesihatan yang baik.

Paling menarik perhatian, komen daripada pelakon Fadlan Hazim yang berbunyi: ‘Pagi breakfast (sarapan) minum milo kotak lepas tu telan nasi lemak, tengah hari makan nasi kandaq dengan kuah sambal, petang makan kek coklat campur kerepek, malam ‘bantai’ (makan) durian. Hasilnya? Semoga cepat sembuh, itu saja nak cakap, salam dari Ikea.” K Online

Ruhainies dikejarkan ke hospital


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker