Nia Ramadhani, suami dan pembantu peribadi dijatuhkan hukuman penjara setahun

Nia Ramadhani, suami dan pembantu peribadi dijatuhkan hukuman penjara setahun

PELAKON Indonesia terkenal, Nia Ramadhani bersama suaminya Ardi Bakrie dan pembantu peribadi Zen Vivanto dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh kerana terbukti bersalah memiliki dadah.

Perbicaraan kes salah laku penggunaan dadah itu dipimpin oleh Hakim Ketua Muhammad Damis di Pengadilan Negeri (PN), Jakarta Pusat pada hari ini.



“Perbicaraan, menyatakan bahawa defendan Zen Vivanto, Nia Ramadhani, dan Ardi Bakrie telah terbukti secara sah dan meyakinkan melakukan perbuatan jenayah.

“Kesalahan ini dijatuhkan dengan hukuman penjara masing-masing selama satu tahun,” kata Hakim Ketua Muhammad Damis menerusi laporan Kompas.

Dalam pada itu, hakim turut menyatakan terdapat tiga unsur di dalam kes Nia Ramadhani iaitu unsur penyalah guna, unsur narkotik dan unsur melakukan, menyuruh melakukan atau turut serta melakukan.

Terdahulu, Jaksa Penuntut Umum (JPU) mengarahkan Nia, Ardi dan Zen menjalani pemulihan di RSKO Cibubur selama 12 bulan.



Difahamkan, mereka telah menjalani pemulihan selama lima bulan di pusan pemulihan yang bertempat di Fan Campus, Cisarua, Jawa Barat.

Malah, pelakon yang popular menerusi siri Bawang Merah Bawang Putih ini bersama suaminya turut mengharapkan agar hukuman mereka diringankan ketika memorandum pembelaan dibacakan.

Kes penyalahgunaan dadah ini mula terbongkar pada pertengahan tahun 2021 apabila polis menahan pembantu peribadi pasangan tersebut dan menemui dadah jenis syabu seberat 0.78 gram.

Penangkapan tersebut seterusnya membawa pihak polis menahan Nia bersama sebuah alat menghisap syabu dan pada hari yang sama juga Ardi telah menyerahkan diri ke Polres Metro Jakarta Pusat.



Hasil ujian air kencing mendapati tiga yang ditahan adalah positif dadah. HM

Nia Ramadhani, suami dan pembantu peribadi dijatuhkan hukuman penjara setahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker