Iqbal mahu taja Gegar Vaganza musim depan

Iqbal mahu taja Gegar Vaganza musim depan

USAHAWAN sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli berkongsi impiannya untuk menjadi penaja bagi program realiti nyanyian terkenal, Gegar Vaganza (GV) pada musim hadapan.

Menurut Iqbal,27, dia sudah memasang impian untuk menaja program tersebut sejak awal tahun 2021 lagi, namun masih belum berpeluang merealisasikan oleh kerana rezeki belum berpihak kepadanya.

“Sepatutnya tahun ini saya nak taja GV, saya dah adakan perbincangan dengan agensi dan stesen televisyen (TV) tapi sebab dah ada penaja lain yang ambil dulu jadi terlepaslah peluang itu.

“Dalam banyak-banyak program hiburan, saya nampak GV pasaran luas, memang dah lama saya impikan untuk gunakan program ini bagi mempromosikan produk… kalau taja program Islamik atau ilmiah ni kurang sambutan penonton.

“Saya dah berniaga selama empat tahun dan bayar beberapa program di stesen TV lain tapi masih ramai orang belum tahu apa produk saja jual, maklumlah orang kita ni tak nak tengok program ilmiah,” ujarnya menerusi laporan mStar.

Tambah Iqbal lagi, selain daripada mempromosikan perniagaanya, dia juga mahu membantu penyanyi lama menerusi platform program tersebut.

Malah, hasratnya untuk menaja program GV ini bukanlah bermaksud untuk bersaing dengan mana-mana pihak termasuklah bekas majikannya, Datuk Seri Vida (DSV) yang pernah menjadi penaja pada musim terdahulu.

“Sebelum saya viral lagi saya dah rancang nak taja GV, bukan sebab DSV pun ya. Saya yang buat keputusan ini, lagipun ini bukan program dia.

“Cuma buat masa ini belum ada rezeki saja, ikutkan bila-bila masa saya boleh jadi penaja.

“Tujuan saya nak menaja program ini untuk angkat semula orang lama industri yang berkualiti… mahu bantu mereka tingkatkan strategi pemasaran kerana ini juga penting dalam masa sekarang,” ujarnya.

Menurut Iqbal lagi, dia akan membawakan kelainan di dalam program itu sekiranya diberi peluang sebagai penaja pada masa akan datang dan mengikut arahan yang ditetapkan oleh stesen TV.

“InsyaAllah kalau musim akan datang saya diberi peluang, saya akan bawa kelainan. Saya jamin 200 peratus berbeza tak sama macam sekarang.

“Tapi jangan risau saya tak akan berebut mikrofon atau bagi hadiah yang bukan-bukan. Saya akan patuh dengan apa yang dirancang dan ditetapkan oleh stesen TV. Kita hormati kru-kru dan cuba bantu industri,” katanya. Utv

Iqbal mahu taja Gegar Vaganza musim depan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker