Ini baru aktor hebat – Ogy

Ini baru aktor hebat – Ogy

Kemenangan pelakon veteran Korea Selatan, Oh Young Soo yang dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Golden Globe Awards baru-baru ini membuatkan pelakon dan penerbit, Ogy Ahmad Daud tampil bersuara.

Kata Ogy atau nama sebenarnya, Fauziah Ahmad Daud, 59, kejayaan yang diraih Young Soo, 77, menerusi siri fenomena global, Squid Game membuktikan bakat lakonan tetap akan diperakui ramai andai hadir bersama kualiti tanpa mengira usia mahupun bilangan pengikut media sosial.

“Ini baru aktor hebat, terus menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Golden Globe Awards 2022.

“Tak perlu juta-juta followers. Mutu lakonan dan fahaman watak menambat para juri Hollywood menganugerahkan Oh Young Soo Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk siri Squid Game,” katanya menerusi satu hantaran status Instagram.

Ujar anak kepada mantan biduan negara, Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan primadona filem Melayu Allahyarham Datin Saadiah itu, apa yang penting dalam diri seseorang anak seni adalah bakat.

“Tiada pun dia terima panggilan ‘otai’ tapi dia dihormati sebagai aktor senior.

“Yang dihargai bakat, pengalaman, ilmu yang ada pada dirinya,” kata Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) 1986 dan 1987 itu.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, Young Soo mencipta sejarah sebagai pelakon kelahiran Korea Selatan pertama yang merangkul kemenangan dalam kategori yang kebiasaannya dipelopori pelakon Hollywood tersebut.

Young Soo mengenepikan saingan daripada pelakon hebat lain seperti Kieran Culkin yang dicalonkan menerusi siri Succession, Brett Goldstein (Ted Lasso), Mark Duplass (The Morning Show) dan Billy Crudup (The Morning Show). K Online

Ini baru aktor hebat – Ogy


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker