Abu Syafiq Menang Saman, Bakal Terima Pampasan RM100k

Sebaran :

Abu Syafiq Menang Saman, Bakal Terima Pampasan RM100k

Pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq akhirnya menang dalam kes saman fitnahnya terhadap seorang defendan bernama Hamidah Rapaee yang telah memfitnah plaintif di laman media sosial Facebook dan melalui penyiaran video yang telah dimuatnaik di Youtube.

Mahkamah Sesyen Kuantan mengarahkan Hamidah, seorang eksekutif kaunselor membayar pampasan RM100,000 dan ganti rugi teladan sebanyak RM20,000 kepada Abu Syafiq. Hakim Mahkamah Sesyen turut membenarkan injunksi melarang Hamidah mengulangi perkataan fitnah dalam mana-mana penerbitan atau penyiaran.

Abu Syafiq diwakili oleh peguam Nurul Hafidzah Hassan, Zeti Zulkifli dan Datuk Wan Azmir Wan Majid dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors.



Keputusan kes saman sivil tersebut merupakan bukti kukuh yang mahkamah bersetuju dengan hujahan-hujahan peguam Abu Syafiq yang laman Facebook beliau telah digodam dan beliau tidak pernah mengkafirkan seorang pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew.

Ini kerana terdapat sorotan skrin yang telah disebarkan yang kononnya terdapat satu komen mengenai isu tersebut dibuat oleh Abu Syafiq tetapi beliau tidak pernah mengeluarkan komen tersebut melalui laman Facebook atau mana-mana akaun media sosial beliau.

Hamidah Rapaee telah disaman oleh Abu Syafiq pada bulan Jun tahun 2020 setelah difitnah oleh defendan tersebut melalui kenyataan-kenyataan beliau di laman media sosial dan melalui penyiaran video di Youtube.

Saman sivil tersebut terpaksa diambil oleh Abu Syafiq bagi membersihkan namanya setelah percubaan beliau untuk menyelesaikan krisis tersebut secara baik tanpa melibatkan proses mahkamah gagal apabila defendan enggan memadam fitnah yang telah dimuatnaik di akaun media sosial beliau dan enggan meminta maaf.



“Jelas di sini yang plaintif, Ustaz Abu Syafiq tidak pernah memfitnah mana-mana pihak dan kesemua tuduhan dan dakwaan ke atas beliau adalah fitnah,” kata Nurul Hafidzah.

Dalam pada itu, Abu Syafiq juga menyaman pengacara televisyen Amin Idris sebanyak RM1 juta pada tahun 2020 kerana mendakwa telah difitnah oleh defendan tersebut di laman media sosial. Perbicaraan kes yang seterusnya terhadap Amin Idris akan bersambung pada 30 Januari ini. Mr

Abu Syafiq Menang Saman, Bakal Terima Pampasan RM100k


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *