Suami hadiahkan cincin berlian selepas isteri hilang berat badan 75 kg

Suami hadiahkan cincin berlian selepas isteri hilang berat badan 75 kg

Seorang wanita dari Taiwan menerima hadiah berupa sebentuk cincin berlian daripada suaminya sebagai ‘ganjaran’ kerana berjaya menurunkan berat badan sebanyak 75 kilogram (kg), lapor program berita Liputan 6 Taiwan.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, suami wanita itu berkongsikan mengenai bagaimana isterinya berjaya menurunkan berat badan kepada 55 kg dalam masa dua tahun.

“Dua tahun lalu, isteri bertanya kepada saya, hadiah apa yang saya mahu pada hari ulang tahun kelahiran saya.

“Saya menjawab ‘tiada apa’, namun secara spontan saya bertanyakan kepadanya, sama ada dia boleh cuba menurunkan berat badan demi saya, sekali dalam seumur hidupnya,” tulis lelaki tersebut.

Menurut lelaki itu, selepas dicabar, isterinya berusaha untuk menurunkan berat badan dengan cara mengamalkan pemakanan yang seimbang.

“Selepas dua tahun, dia akhirnya berjaya menurunkan sebanyak 75 kg daripada 130 kg sebelum ini,” kata lelaki itu.

Isterinya kemudiannya dihadiahkan dengan sebentuk cincin berlian satu karat seperti yang dia janjikan. K Online

Suami hadiahkan cincin berlian selepas isteri hilang berat badan 75 kg


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek sah ditahan, mengaku terima arahan Mossad

Bongkah Batu Tiba-Tiba Runtuh Timpa Bot Pelancong Sebabkan 7 Terbunuh [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker