Pelvik Elfira Loy senget

Pelvik Elfira Loy senget

Kehamilan boleh memberi implikasi luar biasa terhadap fizikal seseorang wanita yang bakal bergelar ibu.

Buat pelakon Elfira Loy atau nama lengkapnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27, dia mengakui mempunyai masalah sakit belakang sejak trimester pertama kehamilannya.

Elfira yang kini hamil anak kedua berkata, masalah sakit belakang tersebut memberi kesan terhadap kedudukan atau posisi bahagian pelviknya.

“Saya menderita masalah sakit belakang sejak trimester pertama lagi. Terima kasih suami kerana membawa saya menerima rawatan.

“Rupa-rupanya, pelvik saya senget sedikit. Sekarang, saya dah boleh tidur bagai seorang puteri,” ujarnya menerusi satu hantaran status dalam Instagram.

Turut mencuri tumpuan apabila penyanyi Ernie Zakri turut meninggalkan komen dalam hantaran status Elfira dengan menulis: “I wanna go (saya nak pegi) buat rawatan juga.”

Sebelum ini, Elfira berkongsi berita dirinya hamil anak kedua sekitar Oktober.

Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin 2011 itu menerusi Instagram memuat naik sebuah hantaran foto yang memaparkan dirinya sedang memegang belon dengan ayat ‘baby 2 is coming’ (anak nombor dua sedang dalam perjalanan).

Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang putera bernama Muhammad Rayyan Khalaf, 2. K Online

Pelvik Elfira Loy senget


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker