Hairul Azreen sekeluarga naik jet vincent Tan pula

Hairul Azreen sekeluarga naik jet vincent Tan pula

Selepas dipelawa menaiki kapal layar mewah pada Oktober lalu, pelakon Hairul Azreen sekeluarga sekali lagi diundang jutawan, Tan Sri Vincent Tan menaiki jet peribadinya.

Menerusi entri Instagram, Hairul memuat naik beberapa perkongsian gambar dan video pergi bercuti bersama isteri tercinta, Hanis Zalikha dan anak-anaknya atas undangan jutawan tersebut.

Sekali gus, dia sekeluarga menzahirkan rasa teruja dan menganggap ia rezeki buat sepasang cahaya matanya.

“Bila Tan Sri hubungi saya, tidak sangka rezeki ini yang nak sampai.

“Permulaan yang baik tahun 2022, rezeki anak-anak,” kongsinya di Instagram.

Menjengah di entri Instagram Hanis pula, dia meluahkan rasa berbesar hati dijemput ahli perniagaan berkenaan untuk percutian mewah tersebut.

“Ini merupakan satu percutian yang tidak pernah terbayang sebelum ini, sangat berbesar hati kerana dijemput oleh Tan Sri Vincent Tan untuk percutian impian ini.

“MasyaAllah, rezeki ini untuk anak-anak dan kami hanya menumpang. Satu permulaan yang baik untuk tahun 2022,” coretnya.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata peminatnya turut menzahirkan rasa teruja selain mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka sekeluarga.

“Seronoknya, tapi memang layak lah mereka dapat kerana Hanis dan Hairul jenis rendah diri sahaja,” komen seorang warganet.

“Semoga bahagia selamanya bersama keluarga dan Allah sentiasa melindungi dalam setiap langkah,” tulis juga seorang pengguna.

“MasyaAllah, orang baik rezekinya pun baik. Semoga Hanis sekeluarga gembira semasa percutian,” komen juga seorang warganet.

Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Utusan

Hairul Azreen sekeluarga naik jet vincent Tan pula


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker