Ameera Khan kunci mulut, GSC buat laporan

Ameera Khan kunci mulut, GSC buat laporan

Baru-baru ini, tindakan adik kepada Neelofa iaitu Nur Ameera Khan yang didakwa memuat naik adegan filem House of Gucci dalam media sosial dikecam netizen.

Perkongsian adegan filem House of Gucci dalam media sosial itu menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana filem terbabit belum ditayangkan di Malaysia.

Menerusi ciapan Twitter, Golden Screen Cinemas (GSC) menyatakan mereka memandang serius insiden perkongsian sedutan filem House of Gucci ke media sosial dan sudah mengambil tindakan lanjut bagi menjaga kepentingan pemegang hak karya berkenaan.

Rakam kandungan filem adalah tidak dibenarkan. Kami mengambil maklum hal ini secara serius.

Kenyataan itu dikeluarkan GSC ketika membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang membangkitkan perbuatan merakam Ameera Khan itu seolah dibenarkan pemilik pawagam terbabit.

Menurut GSC, pengedar filem House of Gucci iaitu United International Pictures (UIP) sudah dimaklumkan mengenai insiden itu untuk tindakan lanjut.

Walaubagaimanapun, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan masih mengunci mulut berhubung insiden itu. Bn

Ameera Khan kunci mulut, GSC buat laporan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker